Kini ADUN Warisan Kunak positif Covid-19
02:10 Oct 16, 2020  |  By SabahKini2
Kini ADUN Warisan Kunak positif Covid-19

Norazlinah berkata beliau menjalani ujian saringan kali kedua dan didapati positif.

KUNAK – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan Kunak Norazlinah Arif dilaporkan media semalam mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Norazlinah berkata beliau menjalani ujian saringan kali kedua dan didapati positif.

“Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu,” katanya

Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom COVID-19.

Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Okt lepas.

Desas-desus hilangnya dua Adun Warisan iaitu Datuk Jaujan Sambakong (Sulabayan) dan Manis Muka Dara (Bugaya) di majlis angkat sumpah ADUN dikatakan turut di Kuarantin 14 hari susulan hubungan rapat dengan kontak pesakit Covid-19.

Kes jangkitan Covid-19 terus meningkat selepas PRN Sabah. Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri Sabah turut positif Covid-19 dan kini dirawat di Hospital QE Kota Kinabalu. Turut dijangkiti Adun DAP, PKR Selangor dan Amanah Johor. 

Comment