RM15.5 juta lesap Peter direman 3 hari Michael peguam KDM lari ke Australia
08:01 Jan 06, 2018  |  By SabahKini2
RM15.5 juta lesap Peter direman 3 hari Michael peguam KDM lari ke Australia

Seorang lagi yang dicari SPRM, Michael Persius Ubu, 61, masih belum menyerah diri dan menurut sumber Michael P Ubu telah melarikan diri ke Australia lebih awal

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony direman tiga hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Ia berkaitan kes pembelian tanah ladang kelapa sawit berstatus tanah adat bernilai RM155 juta di daerah Tongod pada tahun 2014.

Perintah dikeluarkan Majistret Cindy MC Juce Balitus, susulan permohonan SPRM mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Peter, 47, yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 11.15 pagi dengan menaiki sebuah PERODUA Alza putih dan kedua-dua tangan bergari.

Beliau diiringi beberapa pegawai SPRM kemudian dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah sambil ditemani peguamnya, Martin Tommy dan Cedric Choo, manakala SPRM diwakili Penolong Kanan Penguasanya, Khairudin Kilau.

Peter kemudian dibawa meninggalkan mahkamah pada jam 12.20 tengah hari.

Peter bersama Michael P Ubu pemilik firma guaman Michael Ubu & Co diberi notis 48 jam untuk menyerah diri ke pejabat SPRM. Semalam, beliau menyerah diri dan  ditahan SPRM selepas disiasat kira-kira tiga jam.

Seorang lagi yang dicari SPRM, Michael Persius Ubu, 61, masih belum menyerah diri dan menurut sumber Michael P Ubu telah melarikan diri ke Australia lebih awal sejak kes RISDA dipaparkan oleh blog Captain M tahun lalu.

Ini kali kedua Peter ditahan reman suruhanjaya terbabit selepas kali pertama disiasat bersama 12 individu lain, termasuk Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kali kedua di ketika dipanggil berhubung siasatan kes penyelenggaraan elektrik UMS.

Kes terdahulu berkaitan penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara 2009 hingga 2015.

SPRM sedang mengesan Michael Ubu untuk siasatan kes RISDA ini.

 

 

3 Comments