Sidang media harian Covid-19 bermula 18 Oktober- Masidi
10:10 Oct 18, 2020  |  By SabahKini2
Sidang media harian Covid-19 bermula 18 Oktober- Masidi

Keputusan itu dibuat susulan negeri itu merekodkan bilangan kes positif Covid-19 yang tinggi, dengan 451 kes baru dan 4 kematian dilaporkan pada Sabtu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membuat keputusan untuk mencontohi kerajaan pusat dengan mengadakan taklimat media harian bagi memaklumkan perkembangan semasa wabak Covid-19 di negeri itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Masidi Manjun, yang merupakan jurucakap Covid-19 kerajaan berkata, taklimat itu akan bermula hari ini dan diadakan di pejabat beliau pada pukul 6.30 petang atau pada masa sesuai.

Keputusan itu dibuat susulan negeri itu merekodkan bilangan kes positif Covid-19 yang tinggi, dengan 451 kes baru dan 4 kematian dilaporkan pada Sabtu.

Jumlah kumulatif kes adalah 6,737, dengan 2,596 sembuh dan 4,086 masih menerima rawatan.

Masidi menggesa rakyat supaya bersikap tenang dan tidak panik walaupun kes harian masih tinggi di Sabah.

Masidi berkata, 42,590 bakul makanan diedarkan kepada kumpulan sasaran setakat semalam.

Masidi menyeru rakyat supaya bersikap tenang dan tidak panik walaupun kes harian masih tinggi di Sabah.

“Peningkatan kes juga adalah hasil daripada peluasan saringan di lapangan, selain saringan bersasar di kawasan jangkitan dalam 11 daerah zon merah, iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tuaran, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar dan Kota Belud,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Jangan panik, kekal tenang, peningkatan kes positif Covid-19 hasil saringan bersasar- Masidi ]

Jangan panik, kekal tenang, peningkatan kes positif Covid-19 hasil saringan bersasar- Masidi

Comment