Covid-19: 871 kes baharu, 702 kes di Sabah, 701 sembuh, 7 Kematian
20:10 Oct 18, 2020  |  By SabahKini2
Covid-19: 871 kes baharu, 702 kes di Sabah,  701 sembuh, 7 Kematian

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini pula, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 702 kes (80.6 peratus). Ini memandangkan lebih ramai individu telah disaring di lapangan. Sejak bermulanya pandemik, sejumlah 251,030 individu t

Sehingga 18 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 871 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,498 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,049 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Secara keseluruhan, sebanyak 97 kes (11.1 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman, Kluster Penjara Seberang Perai dan Kluster Penjara Kepayan. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini pula, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 702 kes (80.6 peratus). Ini memandangkan lebih ramai individu telah disaring di lapangan. Sejak bermulanya pandemik, sejumlah 251,030 individu telah disaring di negeri Sabah.

Ingin dimaklumkan daripada 871 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima (5) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan dua (2) bukan warganegara iaitu dari negara:

  • India (2 kes di Selangor);
  • Nepal (2 kes di Selangor); dan
  • Singapura (1 kes di Selangor).

Daripada 866 kes penularan di dalam negara, dua (2) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 443 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 702 kes
    • 49 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Kepayan;
    • 81 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 572 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

 

  • Selangor: 72 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Auto;
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 45 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Alma;
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Sembilan (9) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Layangan;
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Sembilan (9) kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tujuh (7) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Lima (5) kes 
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 187 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

 

 

2 Comments