865 kes baru, Sabah 643 kes, 3 kematian, 99 dalam ICU
12:10 Oct 19, 2020  |  By SabahKini2
865 kes baru, Sabah 643 kes, 3 kematian, 99 dalam ICU

Daripada 858 kes penularan di dalam negara, lima (5) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 448 kes.

Sehingga 19 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 865 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 21,363 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,456 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Secara keseluruhan, sebanyak 154 kes (17.8 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Tembok dan termasuk empat (4) kes saringan tahanan Penjara Tapah. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat. Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakub telah mengumumkan  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai bermula 20 Oktober 2020 sehingga 2 November 2020.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini pula, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 643 kes (74.3 peratus). Lebih banyak ujian makmal telah dapat dijalankan di Sabah dan yang dihantar ke Semenanjung Malaysia. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 13.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ingin dimaklumkan daripada 865 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tujuh (7) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan empat (4) bukan warganegara iaitu dari negara:

  • China (4 kes di Selangor);
  • Australia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Amerika Syarikat (1 kes di Selangor); dan
  • Qatar (1 kes di Selangor).

Daripada 858 kes penularan di dalam negara, 767 kes adalah warganegara Malaysia dan 91 kes adalah bukan warganegara.

Daripada 858 kes penularan di dalam negara, lima (5) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 448 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 643 kes
    • 183 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 343 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 117 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Selangor: 101 kes
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hentian; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 34 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Pulau Pinang: 26 kes
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak: 18 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 16 kes
    • 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit;
    • Tiga (3) kes daripada saringan di Depot Tahanan Imigresen;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan individu bergejala.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Negeri Sembilan: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Pahang: Satu (1) kes saringan individu bergejala.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 190 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KES PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 455 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 13,717 kes (64.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (226 kes);
  • Selangor (107 kes);
  • Kedah (97 kes);
  • Johor (13 kes);
  • Terengganu (5 kes);
  • Negeri Sembilan (3 kes);
  • Sarawak (2 kes);
  • Pahang (1 kes); dan
  • Wilayah Persekutuan Labuan (1 kes).
Comment