COVID-19: 847 kes hari ini, 578 di Sabah 5 kematian
16:10 Oct 22, 2020  |  By SabahKini2
COVID-19: 847 kes hari ini, 578 di Sabah 5 kematian

Seramai 486 kes sembuh dilaporkan di negara ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 15,417 kes atau 64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

PUTRAJAYA: Sebanyak 847 kes baharu COVID-19 dikesan hari ini yang mana daripada jumlah itu 578 kes dikesan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada keseluruhan 847 kes berkenaan, 842 kes adalah penularan tempatan dan lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 23,804 kes dengan jumlah kebolehjangkitan dalam negara kini 8,183 kes.

"Selain Sabah, 19.4 peratus atau 164 kes dicatatkan di Lembah Klang dan daripada jumlah itu 71 kes atau 43.3 peratus dikesan daripada kluster sedia ada.

"Lembah Klang kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan COVID-19," katanya dalam sidang media harian COVID-19, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan seramai 486 kes sembuh dilaporkan di negara ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 15,417 kes atau 64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

LAPORAN PENUH

Ingin dimaklumkan daripada 847 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima (5) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan di Selangor yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara iaitu dari negara;

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 578 kes
    • 223 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tinusa dan Kluster Sauh;
    • 210 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 145 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 132 kes
    • 59 kes daripada kluster-kluster termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jambu;
    • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 38 kes
    • 33 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sofi;
    • Empat (4) kes kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 29 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 23 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Mutiara;
    • Tujuh (7) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 14 kes 
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Umboo; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kelantan: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pahang: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima (5) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 204 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Comment