Azhar SUPOL Mat Sabu didakwa lagi rasuah RM130,000 projek peralatan perisikan Kementerian Pertahanan
04:10 Oct 23, 2020  |  By SabahKini2
Azhar SUPOL Mat Sabu didakwa lagi rasuah RM130,000 projek peralatan perisikan Kementerian Pertahanan

Bayangkan projek peralatan perisikan negara pun Mat Sabu dan SUPOLnya sapu. Terima wang RM80,000 dan RM50,000 daripada Pengarah Urusan FEHM Entity Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin untuk luluskan projek.

Bekas Setiausaha Politik Mohamad Sabu didakwa lagi dua pertuduhan baharu menerima rasuah berjumlah RM130,000 daripada sebuah syarikat menerima kontrak daripada Kementerian Pertahanan Malaysia pada 2019.

Tertuduh, Mohd Azhar Che Mat Dali mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Azhar pada Ogos 2019 didakwa menerima suapan sebanyak RM50,000 daripada Pengarah Urusan FEHM Entity Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin melalui Pengarah Urusan Aqsa Solution Sdn Bhd, Ahmad Hisham Mohd Tajudin sebagai upah membantu syarikat itu dipilih menjadi rakan strategik dan kontraktor penyelenggaraan bagi peralatan perisikan sistem Prisma Direktorat Peperangan Informasi (DPI) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Kementerian Pertahanan Malaysia.

Kesalahan itu dilakukannya di dalam kereta Proton Perdana berwarna kelabu miliknya di Lorong VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Azhar pada hujung tahun 2019 dituduh menerima suapan sebanyak RM80,000 dari Elias Jemadi menerusi Zainudin Abdul Majid, selaku Pengarah Syarikat Ikaita Resources.

Suapan ini juga bertujuan bagi membantu FEHM Entity Sdn Bhd menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaraan bagi peralatan perisikan sistem DPI Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Kementerian Pertahanan Malaysia pada waktu itu.

Mohd Azhar didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 16(a)(B), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan setiap satunya, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Hakim Rofiah Mohamad kemudian menetapkan RM15,000 ikat jamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Tertuduh juga diperintahkan mahkamah melaporkan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu pertama setiap bulan bermula November 2020, selain dilarang berkomunikasi dengan mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan kes ditetapkan 27 November 2020.

Untuk rekod, pada 15 Oktober yang lalu. Mohd Azhar didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan rasuah berjumlah RM6.35 juta.

[BACA ARTIKEL : Azhar bekas SUPOL Mat Sabu berdepan 5 pertuduhan rasuah RM6.35 juta]

 

 

2 Comments