Covid-19: 710 Kes Baharu, Sabah tertinggi 528 kes, 10 Kematian
20:10 Oct 23, 2020  |  By SabahKini2
Covid-19: 710 Kes Baharu, Sabah tertinggi 528 kes, 10 Kematian

Sabah kes tertinggi kerana usaha gigih dalam menjalankan pengesanan kes secara aktif di negeri Sabah.

Pada hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 528 kes (74.4 peratus). Ini adalah hasil usaha gigih dalam menjalankan pengesanan kes secara aktif di negeri Sabah. Mobilisasi petugas kesihatan telah membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan. Aspek logistik dan penghantaran sampel juga ditambahbaik dan telah membantu usaha menjalankan ujian RT-PCR dengan lebih cepat.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan pertambahan sebanyak 73 kes (10.3 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 73  kes baharu, 34 kes (46.6  peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejumlah 180 kes (25.4 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan (140 kes), Kluster Penjara Reman (39 kes), dan Kluster Tembok (1 kes).

Sebanyak satu (1) kes merupakan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 466 kes.

Secara keseluruhannya, sehingga 23 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 710 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 24,514 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,416 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 710 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes tersebut melibatkan bukan warganegara yang memasuki Malaysia dari negara Nepal.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 528 kes
    • 203 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Samudera;
    • 169 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 156 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Selangor: 62 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Palma dan Kluster Jaya;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Negeri Sembilan: 37 kes
    • 28 kes daripada kluster termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jaya;
    • Dua (2) kes kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 19 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 10 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Palma;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Empat (4) kes 
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    •  Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pahang: Satu (1 ) kes daripada kluster sedia ada.

 

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 10 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 214 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
205 12154 Sabah Lelaki (BWN) 77 Hospital Queen Elizabeth Penyakit kencing manis, kanser pankreas dan dislipidemia
206 14924 Sabah Perempuan (WN) 69 Hospital Duchess of Kent
207 15274 Sabah Lelaki (WN) 54 Hospital Duchess of Kent Penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan dislipidemia
208 15306 Sabah Lelaki (BWN) 66 Hospital Duchess of Kent Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung
209 24267 Sabah Perempuan (WN) 62 Hospital Duchess of Kent Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, gout, penyakit jantung dan obesiti.
210 24330 Sabah Lelaki (WN) 63 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi dan strok
211 24331 Sabah Lelaki (WN) 61 Hospital Tuaran Penyakit darah tinggi
212 24332 Sabah Lelaki (WN) 33 Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas Penyakit buah pinggang
213 18681 Kedah Lelaki (WN) 67 Hospital Sultanah Bahiyah
214 24507 WP Labuan Perempuan (BWN) 58 Hospital Labuan Penyakit asma

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER SAMUDERA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22612) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah lapan (8) individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu).

2) KLUSTER PALMA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20399) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana:

  • 13 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu); dan
  • 88 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER JAYA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 39 individu masih menunggu keputusan.
Comment