Covid-19: 1228 kes rekod baharu hari ini, Sabah 889, 7 Kematian
15:10 Oct 24, 2020  |  By SabahKini2
Covid-19: 1228 kes rekod baharu hari ini,  Sabah 889, 7 Kematian

Kes sudah mencecah lebih 1000 kes. Apakah PKP atau Darurat perlu dilaksanakan?

Pada hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 889 kes (72.4 peratus). Ini adalah jumlah tertinggi dicatat oleh negeri Sabah setakat ini. Meskipun jumlah ini tinggi, buat masa ini masih terdapat kapasiti katil di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk menampung jumlah kes positif. Ini juga adalah hasil usaha gigih dalam menjalankan pengesanan kes secara aktif di negeri Sabah.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 95 kes (7.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 95  kes baharu, 29 kes (30.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejumlah 502 kes (41 peratus dari jumlah keseluruhan) pada hari ini adalah tahanan daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Penjara Reman dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara.

Sebanyak dua (2) kes merupakan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 468 kes.

Secara keseluruhannya, sehingga 24 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,228 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 25,742 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,966 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 1,228 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan tiga (3) warganegara dan lapan (8) bukan warganegara yang telah tiba dari negara:

  • Singapura (3 kes);
  • Indonesia (3 kes);
  • China (2 kes);
  • Korea Selatan (2 kes) dan
  • Tunisia (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 889 kes
    • 500 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mesra dan Kluster Megah;
    • 253 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Negeri Sembilan: 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kaya.
  • Selangor: 76 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kayu;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 76 kes
    • 74 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Pulau Pinang: 23 kes 
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 21 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak: 10 kes 
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Lapan (8) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Baki;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lapan (8) kes
    • Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kempas;
    • Satu (1) kes  daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Tiga (3)
    • Dua (2) kes  daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 92 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 221 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
215 13507 Sabah Lelaki (WN) 88 Hospital Tuaran Penyakit darah tinggi
216 14008 Sabah Lelaki (WN) 60 Hospital Queen Elizabeth Penyakit darah tinggi, asma, gout
217 13698 Sabah Lelaki (WN) 62 Hospital Tawau Penyakit kencing manis
218 24324 Sabah Lelaki (WN) 75 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi
219 24323 Sabah Lelaki (WN) 72 Hospital Duchess of Kent Penyakit dislipidemia, Parkinson, katarak
220 25403 Sabah Lelaki (WN) 47 Hospital Lahad Datu Penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
221 25718 Perak Lelaki (WN) 63 Hospital Pulau Pinang Penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang kronik dan hydrocephalus

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

Comment