Keutamaan kerajaan ketika ini lindungi rakyat daripada COVID-19 - Muhyiddin
07:10 Oct 26, 2020  |  By SabahKini2
Keutamaan kerajaan ketika ini lindungi rakyat daripada COVID-19 - Muhyiddin

Jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan akan berbincang lebih lanjut mengenai titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berpendapat tiada keperluan melaksanakan darurat ketika ini.

Beliau dalam satu kenyataan malam ini berkata, kerajaan turut mengambil maklum mengenai kenyataan Istana Negara berhubung perkara itu.
 
"Jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.

"Jemaah Menteri akan berbincang dengan lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku. Keutamaan Jemaah Menteri dan kerajaan pada masa ini ialah untuk melindungi rakyat daripada wabak COVID-19.
"Saya menjunjung kasih di atas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat," jelas Muhyiddin pada Ahad.
 
3 Comments