823 Kes baharu, Sabah 533 kes, 8 kematian
08:10 Oct 26, 2020  |  By SabahKini2
823 Kes baharu, Sabah 533 kes, 8 kematian

Usaha gigih mengesan lebih banyak kes akan diteruskan di seluruh negeri Sabah yang kini mempunyai 17 daerah merah. Buat masa ini kapasiti di sembilan (9) buah hospital KKM di Sabah adalah 1,219 katil (kadar penggunaan 59 peratus). Manakala, kapasiti di 2

Pada hari ini, bilangan kes baharu di negeri Sabah adalah 533 kes (64.8 peratus) daripada keseluruhan kes dilaporkan hari ini. Jumlah ini menunjukkan penurunan kes sebanyak 356 kes (40 peratus) berbanding jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di negeri Sabah semalam. Ini berikutan jumlah kes baharu yang dicatatkan daripada Penjara Kepayan, Kota Kinabalu telah menurun daripada 434 kes baharu semalam, kepada 67 kes baharu pada hari ini.

Walau bagaimanapun, jumlah ini masih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Usaha gigih mengesan lebih banyak kes akan diteruskan di seluruh negeri Sabah yang kini mempunyai 17 daerah merah. Buat masa ini kapasiti di sembilan (9) buah hospital KKM di Sabah adalah 1,219 katil (kadar penggunaan 59 peratus). Manakala, kapasiti di 25 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) adalah 4,505 katil (kadar penggunaan 35 peratus).

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 99 kes (12 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 99 kes baharu, 44 kes (44.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejumlah 162 kes (19.7 peratus dari jumlah keseluruhan) pada hari ini adalah daripada Kluster Seberang Perai, Kluster Penjara Penjara Kepayan dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sebanyak satu (1) kes merupakan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 469 kes.

Secara keseluruhannya, sehingga 25 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 823 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 26,565 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 9,202 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan kesemua 823 kes baharu pada hari ini adalah kes penularan COVID-19 dalam negara. Perincian kes bagi setiap negeri adalah seperti berikut:        

  • Sabah: 533 kes
    • 160 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul;
    • 270 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 103 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Pulau Pinang: 97 kes 
    • 96 kes daripada kluster-kluster termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayan; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Selangor: 88 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mentari;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 26 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 22 kes
    • 13 kesdaripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jernih;
    • Satu (1) kesdaripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 16 kes
    • Tujuh kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seladah; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 15 kes
    • 14 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes  daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 10 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Makekar.
  • Perak: Enam (6) kes 
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • KedahSatu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • KelantanSatu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 229 kes (0.86 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital  Latar Belakang
222 12863 Sabah Lelaki (WN) 77 Hospital Duchess of Kent
223 15329 Sabah Lelaki (WN) 59 Hospital Queen Elizabeth
224 14023 Sabah Perempuan (WN) 70 Hospital Lahad Datu Penyakit kencing manis
225 22032 Sabah Lelaki (WN) 58 Hospital Queen Elizabeth Penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
226 24224 Sabah Lelaki (WN) 34 Hospital Tawau Obesiti dan sindrom apnea tidur obstruktif
227 26273 Sabah Perempuan (WN) 74 Hospital Tawau Penyakit darah tinggi dan tibi paru-paru
228 26274 Sabah Lelaki (WN) 68 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi, dislipidemia dan gout
229 26275 Sabah Perempuan (WN) 80 Hospital Duchess of Kent

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

3 Comments