801 kes baru, 8 kematian, Sabah 546 kes
21:10 Oct 28, 2020  |  By SabahKini2
801 kes baru, 8 kematian, Sabah 546 kes

Negeri Sabah mencatatkan sebanyak 546 kes (68.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 103 kes (12.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 649 kes (81 peratus) daripada jumlah ha

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  sebanyak 546 kes (68.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 103 kes (12.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 649 kes (81 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman, sebanyak 62 kes (7.7 peratus daripada jumlah keseluruhan) yang berkaitan kluster-kluster penjara turut dilaporkan pada hari ini.

Secara keseluruhannya, sehingga 28 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 801 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 29,441 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,123 kes. Kesemua pesakit ini telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 801 kes baharu pada hari ini, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Iran  (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Arab Saudi (1 kes di Selangor).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 546 kes
    • 89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Gaya;
    • 271 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 186 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Selangor: 88 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Labuan : 29 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Sarawak : 27 kes
    • 21 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Greenhill; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 24 kes
    • 10 kes daripada kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 19 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI).
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 13 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Idaman;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu11 kes daripada kluster sedia ada.
  • Johor : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayu; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Enam (6) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 246 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
239 12156 Sabah Lelaki (WN) 66 Hospital Queen Elizabeth Penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
240 14415 Sabah Perempuan (WN) 73 Hospital Tawau Penyakit paru-paru kronik
241 15287 Sabah Perempuan (WN) 35 Hospital Queen Elizabeth Penyakit darah tinggi, asma,  dislipidemia dan strok
242 29183 Sabah Lelaki (WN) 67 Hospital Queen Elizabeth Penyakit jantung dan gout
243 29184 Sabah Perempuan (WN) 73 Hospital Queen Elizabeth
244 29185 Sabah Lelaki (BWN) 70 Hospital Duchess of Kent Penyakit kencing manis dan darah tinggi
245 29186 Sabah Lelaki (BWN) 56 Hospital Duchess of Kent Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)
246 28252 Selangor Perempuan (WN) 61 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

Comment