Kes harian sembuh 685 mengatasi kes baharu 649, kes Sabah menurun 352
20:10 Oct 29, 2020  |  By SabahKini2
Kes harian sembuh 685 mengatasi kes baharu 649, kes Sabah menurun 352

Setelah hampir setiap hari merekodkan kes kematian akibat Covid-19 bermula sejak awal Oktober, tiada sebarang kes kematian dilaporkan di Malaysia hari ini.Kes positif baharu juga menurun kepada 649 kes, termasuk tujuh kes import.

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  sebanyak 352 kes (54.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 159 kes (24.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 511 kes (78.7 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 36 kes (5.5 peratus daripada jumlah keseluruhan) yang berkaitan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini iaitu 34 kes daripada Kluster Tembok dan dua (2) kes daripada Kluster Penjara Reman.

Secara keseluruhannya, sehingga 29 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 649 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,090 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,087 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 649 kes baharu pada hari ini, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan lima (5) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Indonesia  (5 kes);
  • India (1 kes); dan
  • Filipina ( 1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 352 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sakti dan Kluster Tuguson;
    • 170 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 127 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Selangor: 132 kes
    • 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes dari kluster baharu iaitu Kluster Taman Laut dan Kluster Bah Medan;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 43 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Bunga;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 21 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 17 kes
    • 15 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang : 13 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : 10 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Lima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Terengganu : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 685 kes. Sukacita dimaklumkan juga bahawa jumlah ini adalah melebihi jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan hari ini.Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 19,757 kes (65.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (458 kes);
  • Selangor (94 kes);
  • Kedah (68 kes);
  • Labuan (18 kes);
  • Negeri Sembilan (15 kes);
  • Pulau Pinang (13 kes);
  • Melaka (9 kes);
  • Sarawak (4 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (4 kes); dan
  • Johor (2 kes).

1 Comment