[VIDEO] Netizen puji respon cepat Bung bantu rakyat susah sebagai 'pemimpin yang bekerja'
16:10 Oct 29, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Netizen puji respon cepat Bung bantu rakyat susah sebagai 'pemimpin yang bekerja'

Bantuan bakul makanan kepada rakyat terjejas pasti akan sampai. Sekalipun halangan logistik, sikap pegawai melaksana atau apa saja halangan jika sampai aduan tepat kepada pemimpin jenis bekerja pasti rakyat dapat dibantu. Itulah yang Bung lakukan.

Wakil rakyat berjiwa rakyat dalam keadaan apapun akan tetap menolong rakyat sekalipun tidak dikenali.

Apatah lagi ketika pendemik  COVID-19 melanda. Dengan suara panggilan telefon rakyat susah, wakil rakyat sudah tampil membantu.

Itulah apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Bung Moktar Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya.Tidak mengenali siapa yang mengadu tetapi 24 jam bantuan sudah diberi kepada pihak yang terbabit dalam daerah PKPB di Sabah.



Dalam satu entri netizen di Facebook dan Instagram sukarelawan anak muda Datu Rosman dari Lahad Datu memuji responsif cepat Datuk Bung membantu rakyat. 

Video berdurasi 2.33 itu tular di laman sosial memuji tindakan Timbalan Ketua Menteri itu.

“Rakyat Sabah memerlukan pemimpin yang bekerja tanpa karenah birokrasi yang biasanya melambatkan urusan. Kita memerlukan pemimpin yang benar-benar ikhlas bekerja serta responsive terhadap isu dan tanggungjawab terhadap rakyat”. katanya

Rin Sahrin Salam Baladan Ketua Armada Cawangan Tunku yang membuat aduan telefon kepada Bung Moktar mengucapkan terima kasih terhadap masyakat  Felda di DUN  Tungku.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Kerajaan Negeri Sabah... Alhamdulillah Syukur Rezeki tak ke mana dan respon positif daripada beliau kelmarin, hari ini telah mendapat bantuan bakul makanan Kerajaan Negeri Sabah”. Katanya di laman facebooknya.

Isnin lalu Bung berkata bantuan bakul makanan oleh kerajaan negeri akan diperluaskan termasuk kepada mereka yang tidak berdaftar dalam program e-Kasih.

“Sebenarnya, bantuan sekarang tidak lagi berpandukan kepada e-Kasih, sesiapa yang terkesan (akibat Covid-19) sudah layak mendapat bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab pertanyaan netizen yang menggunakan akaun bernama “Wash Your Hand!” yang menyatakan ramai penduduk tercicir daripada menerima bantuan kerana tiada dalam senarai e-Kasih.

Comment