Beberapa Sektor Pertanian Di Sabah Dibenarkan Beroperasi, 102,730 bantuan bakul makanan – Masidi
10:10 Oct 30, 2020  |  By SabahKini2
Beberapa Sektor Pertanian Di Sabah Dibenarkan Beroperasi, 102,730 bantuan bakul makanan – Masidi

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata antaranya sektor perladangan koko, getah dan kelapa sawit, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KOTA KINABALU, 29 Okt: Kerajaan negeri Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan beberapa sektor pertanian di negeri ini, beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

[Tatacara Operasi Standard (SOP) Sektor Pertanian dan Industri Makanan ]

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata antaranya sektor perladangan koko, getah dan kelapa sawit, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Antara SOP yang perlu dipatuhi majikan adalah menyediakan protokol di tempat kerja yang meliputi pengawasan penyakit dan pencegahan jangkitan, mengikut standard yang ditetap KKM bagi mencegah penularan COVID-19.

“Majikan juga perlu memastikan maklumat mengenai tahap kesihatan pekerja direkodkan dan disimpan majikan atau pemilik ladang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata setakat hari ini sebanyak 102,730 bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di seluruh Sabah. 

Selain itu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata Sabah mencatat dua kluster baharu pada hari ini Kluster Tuguson berpunca Majlis serah tugas dan satu lagi Kluster Sakti di Lahad Datu.

“Kluster Sakti di Lahad Datu sebanyak tujuh kes. Ini adalah kluster di kilang sawit. Kluster Tuguson di daerah Kota Belud pula membabitkan sebanyak empat kes yang berpunca daripada majlis serah tugas,

Sabah pada hari ini dengan pertama kali mencatat tiada kes kematian sejak hampir sebulan lalu” katanya dalam kenyataan media malam tadi

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 kerajaan negeri, berkata ia menjadikan kumulatif kes setakat hari ini sebanyak 14,053 kes.

“Pada hari ini, seramai 458 pesakit COVID-19 telah discaj dari hospital atau sembuh, menjadikan jumlah kumulatif sembuh ialah seramai 7,683 orang.

“Seramai 3,848 pesakit lagi sedang menerima rawatan iaitu 730 orang di hospital dan 3,118 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

“Bilangan pesakit COVID-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) ialah 72 orang, manakala 27 orang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Masidi berkata, tiada lagi zon hijau di Sabah hari ini berikutan satu kes dikesan di Tongod yang sebelum ini dikategorikan sebagai satu-satunya zon hijau di negeri ini.

Ia bermakna zon kuning kini meningkat kepada lapan daerah iaitu Tongod, Telupid, Pitas, Tenom, Nabawan, Sipitang, Kuala Penyu dan Beluran.

Baki 18 daerah lagi berada dalam zon merah iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Tuaran, Lahad Datu, Penampang, Keningau, Semporna, Papar, Kota Belud, Putatan, Beaufort, Kinabatangan, Tambunan, Ranau, Kudat, Kunak dan Kota Marudu.

 

Comment