799 kes baharu, Sabah 466 kes, kini kes aktif 10,362
14:10 Oct 30, 2020  |  By SabahKini2
799 kes baharu, Sabah 466 kes, kini kes aktif 10,362

Sehingga 30 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 799 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,889 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,392 kes.

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  sebanyak 466 kes (58.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 170 kes (21.3 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 636 kes (79.6 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 29 kes (3.6 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Kluster Penjara Reman (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (6 kes) dan Kluster Tembok (3 kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 30 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 799 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,889 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,392 kes. Kesemua pesakit ini telah diasingkan dan diberi rawatan.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 466 kes
    • 126 kes daripada kluster-kluster, termasuk 70 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rumah Merah, Kluster Telipok dan Kluster Sembulan;
    • 193 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 147 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Selangor: 150 kes
    • 116 kes daripada kluster-kluster, termasuk 76 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Merpati dan Kluster Astaka;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Wilayah Persekutuan Labuan : 65 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Titian; dan
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang : 35 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 23 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gala;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 19 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 16 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : 10 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Meldrum.
  • Kedah : Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
247 11862 Sabah Lelaki (WN) 70 Hospital Queen Elizabeth Penyakit darah tinggi
248 29786 Sabah Lelaki (BWN) 53 Hospital Tawau
249 29787 Sabah Perempuan (BWN) 60 Hospital Duchess of Kent Penyakit darah tinggi dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

Comment