COVID-19: 1000 kes pulih atasi kes harian baharu 659 kes, tiada kematian hari ini
11:10 Oct 31, 2020  |  By SabahKini2
COVID-19: 1000 kes pulih atasi kes harian baharu 659 kes, tiada kematian hari ini

Negeri Sabah mencatatkan sebanyak 529 kes (80.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 70 kes (10.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 599 kes (90.9 peratus) daripada jumlah h

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  sebanyak 529 kes (80.3 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 70 kes (10.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 599 kes (90.9 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 137 kes (20.8 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan kluster-kluster penjara dan pusat tahanan sementara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Kluster Penjara Kepayan (26 kes) dan Kluster Rumah Merah (111 kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 31 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 659 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 31,548 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,051 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 659 kes baharu pada hari ini, terdapat satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Bangladesh yang melibatkan bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 529 kes
    • 205 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 203 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Selangor: 55 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 25 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 12 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 11 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pulau Pinang : Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 83 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 19 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KKM juga ingin memaklumkan bahawa tiada pertambahan kluster baharu pada hari ini. Justeru jumlah kluster aktif adalah kekal 133 kluster dengan jumlah kluster tamat adalah 114 kluster.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,000 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 21,248 kes (67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

2 Comments