Kg Kamanchi-Gandawari Pitas diroboh arahan Kerajaan Warisan,dalangnya Pengerusi SAFODA Naib Presiden UPKO
22:10 Oct 31, 2020  |  By SabahKini2
Kg Kamanchi-Gandawari Pitas diroboh arahan Kerajaan Warisan,dalangnya Pengerusi SAFODA Naib Presiden UPKO

Sibuk media sampah Warisan memainkan isu Kg Kamachi- Gandawari Pitas tanah SAFODA/AFI. Rupanya keputusan roboh dibuat 3 September 2020 Kerajaan Warisan berkuasa. Pengerusi SAFODA pula Datuk Dr Lucas Umbul Naib Presiden UPKO, Ketua Bahagian UPKO Tenom

Dua portal milik Warisan memainkan satu surat Acacia Forest Industries (AFI) dan SAFODA kononnya sejumlah 54 buah kampung di Bengkoka, Pitas bakal diroboh, susulan kemenangan syarikat balak Acacia Forest Industries (AFI) dan SAFODA di mahkamah.

Portal itu menjadikan surat AFI dan senarai lampiran kampung itu bagi tujuan menyebarkan fitnah dan mengelirukan rakyat. Malah mereka menggunakan gambar Datuk Seri Masidi Manjun (Dulu Menteri Pelancongan) Kini Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan dan Menteri Kewangan II untuk mencipta persepsi buruk terhadap Kerajaan GRS. Wal hal Datuk Masidi Manjun tidak berkaitan pun dengan isu Kg Kamanchi- Gandawari Pitas ini.

Netizen di kampung itu turut menepis laporan portal milik Warisan itu kerana kes itu hanya melibatkan kampung Kamanci - Gandawari sahaja. 

Seorang pengguna facebook Bala Jack berkata "Kepada yang berkenaan tolong jangan beri maklumat palsu atau mempolitikkan isu tanah di kawasan Safoda (Bengkoka). Viral info bahawa mahkamah mengarahkan 54 kampung mengosongkan kawasan tersebut tidak betul dan kampung yang terlibat adalah hanya Kamanchi-Gandawari". 

Menurut seorang lagi penduduk menetap di kampung itu Rusiyin Rumimbit berkata "Saya lama sudah tinggal di kampung ini. Semua kampung yang tersenarai tu saya tahu, tapi yang 2 kampung tu baru tahun lalu saya tau kewujudnnya. Jadi jangan menakut-nakutkan  penduduk kampung"

Faktanya surat Acacia Forest Industries (AFI) itu bertarikh 20 Oktober 2020 itu hanya memaklumkan keputusan kes mahkamah pada 3 September 2020 iaitu ketika Kerajaan Warisan berkuasa lagi. Ini bermakna Kerajaan Warisan ketika itu sudah sedia maklum mengenai perkara itu. Awal julai lalu sebelum pembubaran DUN Sabah ada percubaan untuk membangkitkan isu tanah ini dalam media namun tidak berpanjangan memandangkan PRN negeri berlangsung bimbang mencetus isu terhadap Warisan-UPKO.


Jika benar kerajaan Warisan mahu menyelesaikan kes itu sudah tentu sebelum 26 September 2020 PRN Sabah kes mahkamah antara AFI dan SAFODA dengan penduduk kampung itu telah diselesaikan kerana mereka kerajaan yang berkuasa. Tetapi sebaliknya Kerajaan Warisan pada 3 September 2020 bersetuju dengan penyelesaian kes itu.

Pengurus Besar SAFODA lantikan Warisan ialah Zainal Saidi, Pengurus Besar Acasia Forest Industries (AFI) ialah Michael Lindsay Janssen dan Pengerusi SAFODA pula ialah Datuk Dr Lucas Umbul Naib Presiden UPKO merangkap Ketua Bahagian UPKO Tenom.  


2019- Kerajaan Warisan UPKO PH & Katak


Apa Pengerusi SAFODA, UPKO WARISAN Buat? Apakah beliau yang mengarahkan surat AFI SAFODA?
Maknanya sebelum PRN lagi beliau dan SAFODA memerangi David Mahadus yang melawan di mahkamah

Ialah siapa berani lawan. Bukan calang-calang Pengerusi SAFODA  juga merupakan Naib Presiden UPKO!
Yang ketika itu Presidennya adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Akhirnya tewas tinggal 1 Kerusi sahaja


Acasia Forest Industries (AFI) dimiliki oleh Syarikat Hijauan Bengkoka Plantations Sdn Bhd (70%) dan SAFODA 30% (Kerajaan Negeri Sabah)

Maka tidak mungkin Pengerusi SAFODA Naib Presiden UPKO orang kanan Datuk Madius Tangau tidak tahu kes mahkamah ini? Malah kalau kita lihat aktiviti Datuk Lucas ini projek SAFODA di Pitas bukanlah asing untuknya.Banyak program beliau di Pitas bersama SAFODA.

Isu sebenar surat AFI

Surat AFI buat ini tidak terpakai kepada kampung lain selain Kamanci dan Gandawari kerana JUDGEMENT dari mahkamah hanya untuk yang dinamakan dalam penghakiman. Manakala senarai kampung yang ditulis dalam senarai itu NOT COVERED dalam penghakiman

Kesan Perintah 3/9/2020

Defendan diperintah mengosongkan Kampung Kamachi -Gandawari sahaja dan bukan keseluruhan. Sebelum penghakiman pada 3 September 2020 itu terdapat Order asal Originating Summon oleh Mahkamah Tinggi KK masih terpakai untuk keseluruhan KECUALI Kamachi-Gandawari. Tapi defendan telah memfailkan rayuan Maka SAFODA/AFI perlu menunggu keputusan rayuan.

Peguam SAFODA/AFI nampaknya ‘overreacted’. Sealed judgment belum pun keluar sampai sekarang TAPI peguam DEFENDANT sudah buat filing appeal sebanyak based on Oral Judgement.

Sebenarnya SAFODA/AFI dan peguamnya sudah melakukan kesalahan dengan membuat surat ini – Ia cubaan MISLEADING atau MENGELIRUKAN DAN BERNIAT JAHAT kerana hanya satu kampung yang terlibat tapi seolah-olah semua kampung-kampung terlibat sama dengan memberi salinan dan memasukkan nama kampung dalam edaran surat mereka.

Kampung-kampung yang dinamakan dalam edaran tidak termasuk dalam JUDGEMENT pada 3 September boleh buat laporan polis untuk OVER ACTED ini.

Mengapa SAFODA dan AFI melakukannya? Apakah masih ramai geng Warisan UPKO dalam SAFODA dan AFI?

Agaknya Datuk Dr Lucas Umbul Pengerusi SAFODA Naib Presiden UPKO akan memberi penjelasan tak susulan permainan media Warisan sendiri? Nampaknya senjata makan tuan. 

Sebagaimana di JKR, Sabah Development Bank Berhad, Yayasan Sabah dan banyak lagi geng Warisan keras kepala tidak mahu meletak jawatan malah mereka bertindak mensabotaj kerajaan GRS.

Lihat saja kelewatan bakul makanan oleh Pegawai Daerah lantikan Warisan. Mereka sengaja sehingga bakul makanan lambat sampai ke kampung-kampung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan (PKPD).

 

12 Comments