Ada bukti baru reman Peter disambung 4 hari Michael Ubu peguam lari bawa wang deposit RISDA
06:01 Jan 08, 2018  |  By SabahKini2
Ada bukti baru reman Peter disambung 4 hari Michael Ubu peguam lari bawa wang deposit RISDA

Jika Michael Persius Ubu Peguam KDM itu tidak bersalah membawa lari baki wang RM15.5 juta yang sebelum ini diagihkan oleh Peter membayar komisen kepada Shafie, pegawai RISDA dan KKLW mengapa perlu lari?

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini membenarkan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony direman empat hari lagi, bagi siasatan berhubung kes pembelian tanah ladang sawit yang juga tanah adat bernilai RM155 juta di Tongod Sabah.

Tempoh sambungan reman Peter bermula esok dan berakhir pada Jumaat ini.

SPRM jangan percaya helah sakit Peter. Reman je sakit. Tengok muka je sihat

Peter, 47, yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, sebelum ini direman tiga hari sejak Sabtu lalu, selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.

Perintah sambungan reman terhadap Peter dibuat Majistret Stephanie Sherron Abie, berikutan permohonan dibuat Pegawai Pendakwaan SPRM Sabah, Mohd Faliq Basiruddin, pagi tadi, manakala Peter diwakili peguam Martin Tommy.

Terdahulu, Peter yang memakai baju lokap SPRM tiba dengan diiringi pegawai SPRM, pada kira-kira jam 8.30 pagi, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret dan dibawa keluar pada kira-kira jam 9.50 pagi.

Jumaat lalu, Peter di ibu pejabat SPRM Sabah, di sini selepas disiasat kira-kira tiga jam.

Seorang lagi yang dicari SPRM, Michael Persius Ubu, 61 yang takut kerana melarikan wang RM15.5 juta dikatakan melarikan diri ke Australia. SPRM belum dapat mengesan kedudukan Michael Persius.

Nantikan pendedahan Sabahkini2 berhubung isu skandal pembelian tanah adat menggunakan wang pekebun kecil (RISDA) ini. Siapa bakal dipanggil dalam siasatan SPRM seterusnya. 

2 Comments