957 kes, 972 sembuh, Sabah kekal tertinggi 644 kes
12:11 Nov 01, 2020  |  By SabahKini2
957 kes, 972 sembuh, Sabah kekal tertinggi 644 kes

80 kes (8.36 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan pusat tahanan sementara dan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Pusat Tahanan Sementara Tawau (54 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  jumlah sebanyak 644 kes (67.3 peratus). Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 230 kes (24 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang hampir keseluruhan kes iaitu sebanyak 874 kes (91.3 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19. Ini berikutan lebih banyak pengesanan kes di negeri-negeri tersebut susulan aktiviti di lapangan yang giat dijalankan termasuk pengesanan kontak rapat dan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Plaza Hentian, Kajang yang mana melaporkan 91 kes baharu pada hari ini. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 80 kes (8.36 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan pusat tahanan sementara dan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Pusat Tahanan Sementara Tawau (54 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Kepayan (6 kes), Kluster Benteng LD (3 kes) dan Kluster Rumah Merah (3 kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 1 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 957 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 32,505 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,036 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 957 kes baharu pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes yang dilaporkan merupakan kes penularan COVID-19 dalam negara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 644 kes
    • 97 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 401 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 146 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Selangor: 225 kes
    • 172 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Usaha;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 23 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembaga; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 18 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu : 15 kes daripada kluster sedia ada.
  • Sarawak : 11 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : Lapan (8) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Lima (5) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Kedah : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 97 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sementara itu kes sembuh Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19  sebanyak 972 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 22,220 kes (68.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (658 kes);
  • Selangor (112 kes);
  • Negeri Sembilan (91 kes);
  • Kedah (41 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (27 kes);
  • Pulau Pinang (24 kes);
  • Perak (10 kes);
  • Melaka (5 kes);
  • Terengganu (2 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (1 kes);  dan
  • Pahang (1 kes).

Comment