Ali Ahmad dilantik Pengarah JKR Sabah baharu
21:11 Nov 01, 2020  |  By SabahKini2
Ali Ahmad dilantik Pengarah JKR Sabah baharu

Pelantikan Ir Ali Ahmad Hamid sebagai Pengarah JKR Sabah sebagai satu usaha pembaharuan untuk JKR Sabah. Bung Moktar Menteri Kerja Raya dilihat ingin mengembalikan hak pegawai-pegawai senior di JKR untuk naik pangkat secara merit dan mengikut kelayakan

KOTA KINABALU: Selepas 35 tahun dalam Jabatan Kerja Raya Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid kini dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah baharu menggantikan Datuk Ir. Richard Jomiji Kinsil

Ali Ahmad  sebelum ini adalah Timbalan Pengarah JKR Sektor Bangunan yang paling lama dalam JKR namun kini telah diberi peluang mengetuai jabatan itu selepas Datuk Seri Bung Moktar Radin menjadi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah.

Ir Ali Ahmad Hamid

Berasal dari Menumbok Sabah, Ali Ahmad  pernah bertugas di ibu pejabat JKR, JKR Tawau, Ranau dan Kota Belud di Sabah sejak mula berkhidmat di JKR tahun 1985. Sejak itu beliau melihat rakan juniornya silih berganti naik pangkat menjadi Pengarah JKR

Surat pelantikannya sebagai Pengarah JKR diserahkan oleh Datuk Safar Untung Setiausaha Kerajaan Negeri di pejabatnya minggu lalu.

Sebelum ini begitu banyak kontroversi salah laku rasuah di Kementerian Kerja Raya dan JKR Sabah di bawah kepimpinan Datuk Peter Anthony antara lain skandal JKR rundingan terus RM 1.5 bilion sejak Februari 2020 dan terdedahkah kekasih Peter Anthony seorang guru Gred DG44 diberi kenaikan pangkat Gred 48 sebagai Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) di Kementerian membelakangkan peluang kenaikan pangkat pegawai kementerian yang layak. 

Di bawah kuasa Menteri, menteri mempunyai kuasa untuk melantik pegawai sesuai serta memberi penurunan kuasa kepada pegawai yang beliau merasakan boleh melaksanakan tugasnya bagi melancarkan kerja-kerja di kementerian. 

 

20 Comments