Sarawak dah beri RM2.96B: Bila PETRONAS mahu lunas cukai jualan kepada Sabah?
16:11 Nov 02, 2020  |  By SabahKini2
Sarawak dah beri RM2.96B: Bila PETRONAS mahu lunas cukai jualan kepada Sabah?

PETRONAS akan bayar Dividen RM34B tahun ini kepada Kerajaan Pusat. Begitu juga hasil petroleum 4 negeri. Sarawak pula dah dapat RM2.96B cukai jualan negeri (SST) 5%. Bila pula PETRONAS mahu lunaskan SST Sabah?

Petronas mengumumkan akan membayar dividen sebanyak RM34 bilion kepada kerajaan Persekutuan pada tahun ini, meskipun mencatatkan kerugian pada suku kedua tahun 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Pada 2019, jumlah dividen yang dibayar oleh Petronas adalah sebanyak RM54 bilion (Zaman PH), termasuk dividen khas sebanyak RM30 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini,

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu sama ada Petronas akan tetap memberi dividen kepada kerajaan pada tahun ini setelah mencatatkan kerugian RM21 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020.

“Memandangkan COVID-19 telah memberi impak yang ketara kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia, maka analisis ekonomi yang diguna pakai ketika penyediaan dasar, strategi dan inisiatif RMK-12 perlu disemak semula terutamanya unjuran pertumbuhan ekonomi negara.

RM61.32 bilion bayaran petroleum Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dari  2008-2020

Sementara itu jumlah hasil petroleum yang dibayar kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dari 2008 hingga 2020 adalah RM61.32 bilion.

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jumlah bayaran tunai hasil petroleum yang disalurkan kepada Sarawak dan Sabah bagi tempoh 2008 hingga Ogos 2020 adalah masing-masing RM25.3 bilion dan RM13.2 bilion.

Bayaran khas petroleum kepada Terengganu dan Kelantan bagi tempoh yang sama masing-masing sebanyak RM22.4 bilion dan RM418.9 juta.

Mustapa berkata Petroliam Nasional Berhad (Petronas) membuat bayaran tunai hasil petroleum sebanyak lima peratus secara terus masing-masing kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

“Bagi kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu pula, Petronas menyalurkan bayaran kepada Kementerian Kewangan yang seterusnya membuat bayaran kepada kedua-dua negeri tersebut,” katanya.

PETRONAS lunas cukai jualan kepada Sarawak, RM2.96 bilion

Pada 18 September lalu Kerajaan negeri Sarawak sudah menerima pembayaran penuh cukai jualan negeri (SST) sebanyak 5.0 peratus produk petroleum negeri untuk 2019 daripada PETRONAS.

PETRONAS dan anak syarikatnya telah melunaskan bayaran penuh SST RM 2,956,671,407.36 terhadap produk petroleum bagi 2019 yang dinilai oleh Pengawal Selia SST seiring dengan peruntukan Ordinan Cukai Jualan negeri Sarawak,1998.

Bukan itu sahaja PETRONAS bersetuju menarik balik rayuan semakan kehakimannya ke Mahkamah Rayuan.

Turut membayar cukai SST ialah Shell, Murphy Oil, Pertamina dan Sapura OMV yang sebelumnya telah mematuhi dan melunaskan cukai yang dikenakan kepada Sarawak

Persoalannya bilakah PETRONAS akan membayar cukai jualan kepada SABAH?

Sekiranya Sarawak boleh menuntut hak mereka, mengapa Sabah tidak boleh berbuat demikian. Sabah turut menyumbangkan lebih dari 37 peratus kekayaan negara dengan menghasilkan sekitar 1.3 bilion tong petroleum.

Kerajaan Sabah telah melaksanakan cukai jualan sebanyak lima peratus terhadap semua produk petroleum di negeri itu berkuat kuasa Mac 2020 dan pelaksanaan cukai berkenaan namun gagal dibayar di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah Tun Dr Mahathir menyindir Sabah yang mahukan royalti petroleum sebagai bakal memufliskan PETRONAS.

Shafie hanya mampu tersengih! Royalti atau cukai hanyalah bahan guraun Dr Mahathir. 
Lantaran itu SST Petroleum pun gagal di bayar kepada Sabah. Itu paling mudah hanya
ikut Kerajaan Sarawak


Bagaimanapun tindakan Kerajan Negeri Sarawak menyaman PETRONAS dan Mahkamah Tinggi Kuching membuat keputusan bahawa Sarawak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum telah membuka mata Kerajaan Warisan yang ketika itu hanya akur kepada arahan Tun Dr Mahathir. Shafie merasakan jika akur dengan Dr Mahathir mereka akan mendapat SST dan royalti 20 % tetapi dia tetap gagal sebaliknya Datuk Patinggi Abang Johari Ketua Menteri Sarawak walaupun melawan Kerajaan Persekutuan tetap mendapat hasil. Pendek kata Shafie hanya 'Pai Ulung' ketika menjadi Ketua Menteri Sabah.

Oleh itu di bawah Kerajaan Gaburangan Rakyat yang baharu, PETRONAS wajib membayar cukai jualan itu sebagaimana Sarawak dibayar RM2.96 bilion. Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri wajar menuntut segara bayaran cukai jualan kepada SABAH.

5 Comments