Hajiji beri amaran jangan lambat serah bantuan makanan sepatutnya tukar Pegawai Daerah ‘Pro Warisan’
22:11 Nov 03, 2020  |  By SabahKini2
Hajiji beri amaran jangan lambat serah bantuan makanan sepatutnya tukar Pegawai Daerah ‘Pro Warisan’

Pendokong Warisan antara lain paling banyak memainkan isu kelewatan bakul makanan. Mereka lupa Pegawai Daerah yang menyelaras bantuan adalah Pegawai Daerah yang dilantik Kerajaan Warisan. Oleh itu amaran Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji sangat berasas.

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memberi amaran keras kepada petugas di semua daerah di seluruh negeri supaya segera menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk yang terkesan akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong untuk memantau proses penyerahan bantuan dengan teliti bagi memastikan bakul makanan disediakan kerajaan diberikan kepada setiap penerima di seluruh negeri pada waktunya.

“Saya akan dapatkan perkembangan secara berkala untuk memastikan ia dilakukan,” katanya pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri di sini hari ini.

Mesyuarat khas itu diadakan bagi membincangkan keadaan semasa Covid-19 di Sabah dan usaha untuk membendung penularan wabak itu serta strategi dan cabaran yang dihadapi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong yang hadir pada mesyuarat itu turut menyampaikan taklimat bagi memberi gambaran keseluruhan keadaan semasa Covid-19 di Sabah.

Dalam pada itu, Hajiji turut memuji semua agensi keselamatan yang berjaya mengawal keselamatan di sempadan negeri tetapi dalam masa sama mengingatkan mereka bahawa langkah itu perlu diperketatkan lagi melalui Pasukan Petugas Op Benteng bagi memastikan tiada pencerobohan warga asing.

“Pasukan keselamatan harus bersama memastikan semua kapal bukan konvensional dari Indonesia dan Filipina yang masuk ke perairan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, ia adalah sebagai penghormatan kepada semua barisan hadapan atas pengorbanan mereka di mana keseluruhannya telah menguruskan wabak ini dengan baik dan mahu kerjasama ini berterusan antara pihak berkuasa negeri dan Persekutuan untuk menangani keadaan Covid-19 di Sabah.

Mengulas berhubung, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah, Hajiji berkata, setakat ini 22 lokaliti di seluruh negeri telah ditempatkan di bawah PKPD bagaimanapun ia tidak dapat dielakkan dan kerajaan negeri memahami nasib banyak pihak dalam sektor perniagaan yang mengalami kerugian.

“Kami akan lihat situasi ini untuk ringankan Perintah Kawalan Pergerakan supaya perniagaan dapat dibuka semula,” katanya.

10 Oktober lalu Hajiji telah mengumumkan dana RM 2 juta di setiap daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti Daerah Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Papar dan Sandakan.

Bantuan itu dilakukan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah.

Semalam, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya berkata sebanyak 125,847 bakul makanan sudah diedarkan kepada penduduk terjejas oleh Covid-19 di 27 daerah di Sabah. Semakan di portal Jawatankuasa Bencana Covid-19 Negeri Sabah 130,502 agihan bakul makanan diserahkan (Real Time).

Aduan kelewatan Agihan Bantuan

Terdapat beberapa aduan di laman sosial berhubung kelewatan bantuan peruntukan agihan bakul makanan.

Beberapa sumber melaporkan ada Pegawai Daerah yang dilantik Kerajaan Warisan sebelum ini melengah-lengahkan bantuan seolah-olah melakukan sabotaj kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah.

Tidak kurang juga adanya aduan Pegawai Daerah mengeluarkan peruntukan COVID-19 kepada bekas Pegawai UPPM Warisan.

Antara yang popular ialah aduan yang tular dalam aplikasi whatapps di Daerah Ranau berhubung peranan Pegawai Daerah dan bekas UPPM Ranau.

 

Hakikatnya mahu selesai agihan bantuan, tukar Pegawai Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pelbagai pihak akur dengan peranan penjawat awam negeri namun pegawai yang dilantik oleh Kerajaan Warisan tidak boleh taat setia kepada Kerajaan mereka wajar berundur dan memberikan peluang kepada orang lain sebelum dipecat.

Oleh itu amaran keras kepada petugas di semua daerah di seluruh negeri khususnya Pegawai Daerah dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat amat tepat sekali. Bantu rakyat permudahkan jika tiada dalam senarai E-kasih sesuaikan bantuan segera khususnya rakyat yang memerlukan segera.

Tidak ada pilihan lain selain berhadapan dengan pandemik COVID-19 kerajaan negeri mesti menstruktur pegawai kerajaan segera. Jika lambat ia akan merosakkan kerajaan negeri. Atau mungkin ada pihak perlu mendedahkan semua senarai Pegawai Daerah Pro Warisan di portal ini.

 

34 Comments