Darurat 'Pandemik' boleh tangguh pilihan raya kata Takiyuddin
22:11 Nov 03, 2020  |  By SabahKini2
Darurat 'Pandemik' boleh tangguh pilihan raya kata Takiyuddin

Kerajaan boleh mencadangkan penangguhan suatu pilihan raya sekiranya pandemik ini difikirkan boleh diisytiharkan darurat seperti yang diperuntukkan dibawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan

Kerajaan tidak mempunyai rancangan mengusulkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi menangguhkan pilihan raya dalam wabak sebaliknya akan memilih untuk mengusulkan darurat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.

Untuk mengusulkan pindaan bagi tujuan seperti itu “tidak bersesuaian dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan”, kata menteri yang bertanggungjawab dalam hal Parlimen dan undang-undang dalam jawapan bertulis Parlimen.

“Untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, sokongan dua pertiga ahli Parlimen diperlukan.

“Kerajaan boleh mencadangkan penangguhan suatu pilihan raya sekiranya pandemik ini difikirkan boleh diisytiharkan darurat seperti yang diperuntukkan dibawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang bertanya sekiranya kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan atau mewujudkan rang undang-undang khusus bagi membolehkan suatu pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Semalam rakan Takiyuddin di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan mengkaji kemungkinan menggubal undang-undang baharu untuk itu.

“Jika perlu, buatlah tindakan khusus, kerajaan sedang mengkaji dan membuat cadangan kepada rakyat,” katanya dipetik Bernama. 

Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu Ab Aziz Pilihanraya boleh ditangguhkan dengan Darurat.

Sama ada diisytiharkan mana-mana wilayah atau kawasan yang diperlukan sahaja seperti pernah berlaku yang mana darurat hanya dibuat bagi negeri Sarawak dan Kelantan sahaja atau ketika suasana “epidemics” dan “pandemic” yang lebih serius.

Bagaimanapun cadangan paling mudah ialah Warisan menarik diri bertanding di Batu Sapi dan menyerahkan kerusi berkenaan kepada parti pemerintah untuk membangunkan Batu Sapi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tangguh PRK Batu Sapi: Darurat ‘Wilayah’, Pandemik atau Warisan tarik diri beri parti kerajaan! ]

Comment