PTS MKN diambil alih Jabatan Imigresen, 12,877 PTI ditahan 7,673 dihantar pulang
06:11 Nov 05, 2020  |  By SabahKini2
PTS MKN diambil alih Jabatan Imigresen, 12,877 PTI ditahan 7,673 dihantar pulang

15 tahun PTS di bawah MKN Sabah, kini diselaras satu agensi iaitu Jabatan Imigresen. Di zaman Warisan 10,323 PTI diputihkan. Sebaliknya kerajaan PN-GRS lebih 12,000 ditahan dan 7,673 dihantar pulang

Pandemik COVID-19 memberi pengajaran besar. Jangkitan turut menular di Pusat Tahanan Sementara milik MKN di Sabah membentuk kluster baharu. Selepas sekian lama ditadbir Majlis Keselamatan Negara (MKN), akhirnya empat Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah yang sebelum ini di bawah seliaan MKN akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen berkuat kuasa 1 Januari 2021 kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Empat PTS itu adalah di daerah Papar, Menggatal, Tawau dan Sandakan.

Beliau berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Keempat-empat PTS itu lebih popular dikenali sebagai ‘rumah merah’ yang kini ditadbir MKN, akan diletakkan secara rasmi di bawah Jabatan Imigresen. Oleh itu, apabila Imigresen mengambil alih nanti maka peruntukan kerajaan untuk PTS yang sebelum ini disalurkan kepada MKN akan disalurkan kepada Imigresen.

“Dari segi penjawatan pula, pegawai dan anggota yang terlibat ketika ini akan berada di bawah pentadbiran Jabatan Imigresen dan bukan lagi MKN,” katanya

Dua egensi diselaraskan - Pengusiran dilakukan oleh JIM

Khairul Dzaimee berkata, selepas ini, MKN tidak lagi terlibat lagi dalam proses pengusiran.

“Proses pengusiran ini dari segi pengangkutan, penyewaan feri dan lain-lain semuanya diuruskan oleh MKN ketika ini. Selepas ini, semuanya akan diambil alih oleh Imigresen,” katanya.

Beliau berkata, antara tujuan atau objektif penyerahan itu ialah untuk melancarkan lagi operasi PTS memandangkan terdapat dua agensi yang menguruskan premis sama.

Khairul Dzaimee

“Walaupun kerjasama antara MKN dan Imigresen berjalan dengan baik sejak 15 tahun lepas, akan tetapi ada beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam operasi harian.

“Jadi apabila Imigresen mengambil alih selepas ini, saya percaya ia akan menjadi lebih lancar dan lebih selaras dan ini tidak bermaksud MKN akan lepas tangan. Mereka akan tetap membantu Imigresen dan isu pendatang asing tanpa izin ini sebenarnya masih lagi ditakrifkan sebagai isu keselamatan dan ia masih lagi menjadi kebimbangan kepada MKN,” katanya.

PTS Tidak lagi terima tahanan baharu

Sementara itu Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah tidak boleh lagi menerima penambahan tahanan ketika ini kerana kapasiti sedia ada sudah hampir mencapai kapasiti baharu yang ditetapkan.

Bila Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof budak Shafie Apdal ni mahu ditukar?

Dengan itu, segala kemasukan baharu ke PTS tidak akan dilakukan ketika ini dan prosiding (mahkamah) melibatkan pendatang asing tanpa izin (PTI) juga ditangguhkan.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, sekarang terdapat 5,238 orang tahanan yang berada di empat PTS seluruh Sabah.

Beliau berkata, dalam situasi biasa, PTS di Sabah boleh menempatkan sehingga 6,750 orang namun ketika ini, kapasiti itu diturunkan kepada 5,500 bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

“Kalau boleh, kita mahu tahanan diturunkan kepada 5,000 orang supaya ada penjarakan fizikal.

“Tapi perkara ini tidak boleh dielakkan sebab dari segi perundangan, penjara tidak boleh menyimpan banduan PTI yang sudah selesai menjalani hukuman.

“Maka, kita kena terima mereka untuk ditempatkan di PTS. Malah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah memberi arahan supaya tiada kemasukan baharu akan dibuat di PTS,” katanya

Sitti Saleha berkata, proses pengusiran tahanan juga tidak dapat dilakukan ketika ini susulan negara jiran telah menutup sempadan negara sejak Mac lalu.

Bagaimanapun pada Jun lalu, lebih 4,000 tahanan berjaya diusir pulang ke Filipina dan Indonesia selepas perbincangan diadakan dengan kedutaan kedua-dua negara.

Menurutnya, apabila lengkuk jangkitan Covid-19 berjaya dilandaikan, kerajaan akan berunding semula dengan negara jiran bagi mengusir pulang tahanan yang masih berada di PTS.

Tambahnya, sebagai persediaan, MKN telah berbincang dengan kerajaan negeri bagi menyediakan lapan dewan untuk dijadikan pusat kuarantin bagi menempatkan mana-mana tahanan PTI yang ditahan.

Warisan putihkan PTI, PN-GRS tangkap serta hantar pulang

Di bawah Kerajaan Warisan 26 bulan berkuasa sebelum ini Shafie Apdal mengumumkan 10,323 PTI didaftar dalam program pemutihan.

Shafie selaku Pengerusi MKN Negeri berkuasa memasukkan PTI di ‘rumah merah’ sebelum di putihkan. Lantaran itu ‘rumah merah’ seakan menjadi Gudang warga asing oleh Shafie sebelum dijadikan pekerja yang sah di Sabah

Sejak gelombang pandemik meluas di Sabah pada seramai 12,877 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan di Sabah sahaja, dalam Ops Benteng yang berjalan dari Januari sehingga 13 Okt.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada 14 Oktober lalu melaporkan kebanyakan mereka yang ditahan adalah warga Filipina. Daripada jumlah tersebut, seramai 7,673 PTI dihantar pulang ke negara masing-masing.

“Masih terdapat 5,204 sedang berada di pusat tahanan. Dari jumlah itu, 4,456 PATI dari Filipina, 618 PATI dari Indonesia dan lain-lain 130 orang,” katanya

 

4 Comments