COVID-19: 1,009 kes baharu, Sabah 564 kes, 6 kematian
11:11 Nov 05, 2020  |  By SabahKini2
COVID-19: 1,009 kes baharu, Sabah 564 kes, 6 kematian

Sebanyak 1,009 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 36,434 kes.

Secara keseluruhannya, sehingga 5 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,009 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 36,434 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,503 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 564 kes (55.9 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 198 kes (19.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan mencatatkan sebanyak 95 kes positif (9.4 peratus) pada hari ini. Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyumbang sebanyak 857 kes (84.9 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini.

Sebanyak 112 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (73 kes), Kluster Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Kepayan (12 kes), Kluster Penjara Reman (12 kes), dan Kluster Tembok (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,009 kes baharu pada hari ini, terdapat sembilan

  • kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara dan lima (5) bukan warganegara yang tiba dari negara:
  • India (2 kes);
  • Kazakhstan (1 kes);
  • Indonesia (1 kes);
  • Korea Selatan (1 kes);
  • Nigeria (1 kes);
  • Afrika Selatan (1 kes)
  • Mexico (1 kes); dan
  • Kemboja (1 kes).

Daripada 1,000 kes penularan di dalam negara, empat (4) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 483 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 564 kes
  • 119 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sutera dan Kluster Ria-30;
  • 254 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; o 191 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

 

  • Selangor: 177 kes
  • 83 kes  daripada  kluster-kluster,  termasuk  satu  (1)  kes  daripada

           kluster baharu iaitu Kluster Tamar;

  • 53 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
  • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
  • Satu (1) kes saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
  • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

 

  • Wilayah Persekutuan Labuan : 92 kes
  • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
  • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
  • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

 

  • Negeri Sembilan : 90 kes
  • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
  • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

 

  • Pulau Pinang : 36 kes
  • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Intan; dan
  • Dua (2) daripada lain-lain saringan COVID-19.

 

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 14 kes
  • Enam (6)  kes  daripada  kluster-kluster,  termasuk  empat  (4)  kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Danau;
  • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
  • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

 

  • Kedah : Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Sarawak : Enam (6) kes
  • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

 

  • Perak : Enam (6) kes
  • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
  • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

 

  • Melaka : Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor : Dua (2) kes
  • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
  • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 78 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 277 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

Comment