Menteri nasihat Pengarah JHEAINS ‘Orang Kuat Warisan’ main peranan tangkis fitnah
05:11 Nov 06, 2020  |  By SabahKini2
Menteri nasihat Pengarah JHEAINS ‘Orang Kuat Warisan’ main peranan tangkis fitnah

Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Arifin Arif seru JHEAINS tangkis fitnah tetapi Pengarah JHEAINS pendokong Warisan jelas terlibat dengan kerajaan Warisan 'kuat fitnah' 26 bulan lalu. Persoalannya bila mahu tukar Pengarah JHEAINS?

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif meminta para pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) termasuk pengarahnya supaya bertindak proaktif dalam menangani isu-isu semasa yang cuba dipesong oleh pihak tidak bertanggungjawab (termasuk Warisan) sehingga mampu memecahbelah umat Islam di negeri ini.

Katanya mereka (pegawai JHEAINS) turut memainkan peranan yang begitu penting dalam usaha memupuk kesejahteraan masyarakat Islam ketika ini yang penuh dengan cabaran serta ancaman pandemik yang melanda seluruh dunia.

“Saya minta supaya mereka menjadi orang hadapan dalam semua aspek untuk menangkis segala fitnah yang membawa kemudaratan dan kecelaruan di kalangan umat Islam sesuai dengan program JHEAINS Prihatin.


Datuk Arifin Arif dan Pengarah JHEAINS Warisan

“Selari dengan tema keharmonian, kita juga perlu prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan ummah termasuklah prihatin terhadap golongan yang memerlukan sentuhan kebajikan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat dan Perasmian Program JHEAINS Prihatin sempena sambutan Maulidur Rasul 1442H di Dewan Kesenian Islam, pada Khamis.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, turut menyarankan kepada imam-imam di negeri ini supaya bersama dalam menangkis dakyah-dakyah yang bertujuan mengelirukan umat Islam.

Selain menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan, mereka juga perlu menyampaikan perkara-perkara yang sahih kepada masyarakat agar mereka tidak semudahnya terpengaruh serta keliru dengan isu-isu berbangkit.

“Saya minta masyarakat supaya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti JHEAINS sekiranya ada perkara-perkara serta pertanyaan tentang isu yang berkaitan hal ehwal agama. Sebarang keraguan hukum-hakam, fatwa, syariah dan akidah akan dirujuk kepada Mufti, dan Mufti adalah rujukan utama JHEAINS, ” katanya.

Menteri sindir Pengarah JHEAINS?

Siapa tidak kenal Pengarah JHEAINS? Datuk Saifulzaman @ Setibin Sangul Pengarah JHEAINS dilantik oleh Shafie Apdal Ketua Menteri Warisan dan sering terlibat dengan kempen-kempen Parti Warisan sebelum PRN Sabah. Atas jasanya kepada Shafie diberikan lagi anugerah gelaran 'Datuk'. 

Ketika Warisan berkuasa semua surau dan masjid dalam kempen PRK Kimanis dan juga PRN Sabah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej-mesej ‘jangan mengundi PN-BN’. Tidak sedikit juga fitnah Warisan kepada pemimpin UMNO BN, PN PPBM. Jentera JHEAINS ketika itu menjadi alat utama kerajaan. 


Jentera  JHEAINS dan Pengarahnya Datuk Saifulzaman @ Setibin Sangul menjadi jentera utama kempen
Warisan menyerang Kerajaan PN-GRS sekarang

 Tiada lagi sembunyi-sembunyi. Datuk Saifulzaman @ Setibin Sangul terang-terang
dengan baju Warisan. Jadi peringatan Menteri Tugas-tugas khas tu pasti sangat jelas


Apakah yang perlu dilakukan oleh Datuk Arifin Arif selaku Menteri Tugas-tugas Khas? Rombak segera JHEAINS sebelum menjadi masalah kepada Kerajaan GRS. Pegawai yang terbukti menyerang kerajaan sekarang tidak sepatutnya di'ternak' dalam jabatan. Ia sangat tidak adil kepada pegawai-pegawai lain yang mahu bekerja dengan ikhlas. 

2 Comments