1,755 Kes Baharu, Sabah rekod 1009 kes, 6 kematian
18:11 Nov 06, 2020  |  By SabahKini2
1,755 Kes Baharu, Sabah rekod 1009 kes, 6 kematian

Negeri Sabah mencatatkan sebanyak 1,199 kes (68.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Sebanyak 741 kes (42.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Ini melibatkan Kluster P

Secara keseluruhannya, sehingga 6 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,755 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 38,189 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,530 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 1,199 kes (68.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Sebanyak 741 kes (42.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (372 kes), Kluster Penjara Sandakan (184 kes), Kluster Seberang Perai (162 kes), Kluster Tembok (10 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Penjara Reman (3 kes), dan Kluster Benteng LD (2 kes).

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 191 kes (10.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan  mencatatkan sebanyak 59 kes positif (3.4 peratus) pada hari ini. Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyumbang sebanyak 1,449 kes (82.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini.

Ingin dimaklumkan daripada 1,755 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Arab Saudi (1 kes di Sarawak);
  • Afrika Selatan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Myanmar (1 kes di Johor).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 1,199 kes
    • 663 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mampulut;
    • 363 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3 ) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 170 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 192 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Selangor: 164 kes
    • 111 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Fores;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 59 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 45 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Perak : 18 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rengas;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 17 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Fores;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 17 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Terengganu : Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada.
  • Johor : Tiga (3) kes daripadalain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 78 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 279 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
278 35982 Sabah Perempuan (WN) 67 Hospital Duchess of Kent Penyakit kencing manis, darah tinggi dan asma
279 35303 Kedah Lelaki (WN) 54 Hospital Sultanah Bahiyah Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

Comment