Warisan sah tanding Batu Sapi, Shafie akan umum calon kata Jaujan
15:11 Nov 06, 2020  |  By SabahKini2
Warisan sah tanding Batu Sapi, Shafie akan umum calon kata Jaujan

Warisan nekad! PRK Batu Sapi ini Shafie dan Parti Warisan ingin melakukan lagi rekod baru untuk pandemik COVID-19 sekalipun daerah Sandakan, Tawau dan Semporna mencatatkan rekod tertinggi.

KOTA KINABALU:  Sudah dijangka Parti Warisan yang ‘sanggup mati’ dan mematikan rakyatnya kerana kuasa mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dengan calonnya sudah dikenal pasti.

Sejak DUN Sabah dibubar penghujung julai lalu oleh Shafie Apdal kes pandemi COVID-19 sudah mula meningkat ketika Shafie sebagai Ketua Menteri ‘Caretaker’ apabila kluster benteng Lahad Datu mula menular dan merebak hingga ke Semporna. Kes terus menular sehingga pembentukan kerajaan baharu malah Ketua Menteri yang baharu dilantik Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan pegawainya turut dijangkiti COVID-19.

PRK Batu Sapi ini Shafie dan Parti Warisan ingin melakukan lagi rekod baru untuk pandemik COVID-19 sekalipun daerah Sandakan, Tawau dan Semporna  mencatatkan rekod tertinggi.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Jaujan Sambakong, perkara itu akan diumumkan presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan pada 23 November ini.

"Keputusan siapa yang akan dicalonkan sudah ada, kita tunggu keputusan pimpinan tertinggi.

"Kita ada parti komponen lain dalam Warisan Plus untuk kita bincang dan kenyataan mengenainya akan dibuat Presiden Warisan sebelum penamaan calon," katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Jumaat.

Sebelum ini BN, PCS, STAR, PBS dan pelbagai pihak mengesahkan tidak mahu bertanding kerana kes pandemik COVID-19 yang makin meruncing.

Bagaimanapun terdapat cadangan daripada kerajaan bakal menangguhkan PRK Batu Sapi dengan alasan Darurat Wilayah dan pandemik.

Untuk kes COVID-19 hari ini (6 November 2020) 1,755, Sabah merekodkan kes tertinggi 1,119 dengan daerah tertinggi ialah 467, Sandakan 389, Kota Kinabalu 112, Lahad Datu 95 kes dan lain-lain daerah.

Pelbagai pihak juga mencadangkan agar Warisan tidak diberi kemenangan percuma atau Warisan menarik diri menyerahkan kepada parti pemerintah seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana mereka mampu membangunkan Parlimen Batu Sapi berbanding parti Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tangguh PRK Batu Sapi: Darurat ‘Wilayah’, Pandemik atau Warisan tarik diri beri parti kerajaan! ]

Jika PRK di adakan kerajaan negeri Sabah mahukan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dilaksanakan pada PRK tersebut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata SOP itu perlu bagi mengurangkan penyebaran wabak COVID-19 dalam kalangan pengundi dan jentera parti yang bertanding.

"Selepas mengambil iktibar dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu, kita mengharapkan satu SOP yang lebih ketat akan dilaksanakan di PRK Batu Sapi nanti.

Apapun netizen berharap PRK Batu Sapi ditangguhkan demi kebaikan rakyat Sabah.

1 Comment