Pakatan bercelaru selepas Mahathir diumum PM- Musa Aman
11:01 Jan 09, 2018  |  By SabahKini2
Pakatan bercelaru selepas Mahathir diumum PM- Musa Aman

“Jelas sekali, beberapa penyokong PKR masih berpegang teguh dengan ‘Reformasi’, yang diperjuangkan sebaik sahaja Tun Mahathir menyingkirkan dan menyumbat ketuanya Anwar Ibrahim ke dalam penjara hampir 20 tahun lepas,”

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata penolakan PKR Selangor terhadap keputusan Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri menunjukkan dengan jelas pembangkang berada dalam keadaan bercelaru.

Katanya tindakan mencalonkan Dr Mahathir untuk kembali menjadi perdana menteri bertentangan dengan slogan “Reformasi” yang terus dilaung beberapa penyokong PKR pada konvensyen PH Ahad lalu.

“Jelas sekali, beberapa penyokong PKR masih berpegang teguh dengan ‘Reformasi’, yang diperjuangkan sebaik sahaja Tun Mahathir menyingkirkan dan menyumbat ketuanya (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ke dalam penjara hampir 20 tahun lepas,” katanya dalam kenyataan.

Musa berkata langkah mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya mencerminkan sikap PH yang tidak berpandangan jauh.

“Apa sudah jadi dengan cakap berdegar-degar tentang perubahan? Singkir yang lama, ambil yang baharu.

“Nampaknya, Pakatan menggunakan peta yang sama untuk melakar laluannya ke Putrajaya,” kata beliau.

Beberapa orang pimpin Pakatan Harapan turut tidak berpuas hati dengan pengumuman Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin antara yang mengakui beliau sedih dan kecewa dengan pengumuman yang dibuat Pakatan Harapan (PH) menamakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) begitu juga AMK Selangor dan bekas-bekas ahli reformasi

Sumber asal: FMT

 

1 Comment