972 kes baru, kes Sabah turun 370 kes hampir 1000 kes sembuh
21:11 Nov 09, 2020  |  By SabahKini2
972 kes baru, kes Sabah turun 370 kes hampir 1000 kes sembuh

Kes Sabah menurun hari ini dan kes sembuh lebih tinggi. Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 41,181 kes. 8 kes kematian hari ini, 7 daripadanya di Sabah

Secara keseluruhannya, sehingga 9 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 972 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 41,181 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,308 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 370 kes (38.1 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 165 kes (17.0 peratus) daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak 14 kes (1.4 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (6 kes), Kluster Penjara Sandakan (4 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (4 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 972 kes baharu pada hari ini, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan tiga (3) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Filipina (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Singapura (2 kes di Johor); dan
  • Nepal ( 1 kes di Selangor).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 370 kes
    • 120 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Nahaba dan Kluster Numbak; dan
    • 164 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 86 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Negeri Sembilan : 260 kes
    • 247 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 137 kes
    • 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perigi;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 63 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 20 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Terapi;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak :  51 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Pulau Pinang : 34 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kesdaripada kluster- kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor : Lapan (8) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Padang; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Lima (5) kes
    • Empat (4) daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Harmoni.
  • Sarawak : Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • KelantanDua (2) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 294 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,345 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 29,579 kes (71.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (967 kes);
  • Selangor (235 kes);
  • Negeri Sembilan (63 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (48 kes);
  • Pulau Pinang (17 kes);
  • Sarawak (7 kes);
  • Kedah (2 kes);
  • Perak (2 kes);
  • Melaka (2 kes); dan
  • Kelantan (2 kes).
Comment