(VIDEO) MARDI perlukan 6 tahun hasilkan benih padi sah- Dr Ronald Kiandee
00:11 Nov 10, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) MARDI perlukan 6 tahun hasilkan benih padi sah- Dr Ronald Kiandee

Menurut Ronald, terdapat 17 jenis varieti benih padi diisytihar oleh kerajaan sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 15 varieti dihasilkan oleh MARDI, manakala dua varieti dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


9 NOV 2020 - Menjawab Soalan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat,
Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14.

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan sejak 2008 hingga kini berapa benih padi baru yang telah dihasilkan oleh pusat-pusat penyelidikan. Jika ada, di mana tanaman dibuat
dan berapa hasilnya per hektar.

Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi tempatan untuk mengeluarkan lebih banyak benih padi yang sesuai untuk ditanam di negara ini.

Untuk itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengalu-alukan pelbagai pihak dalam industri untuk tampil membantu menghasilkan benih padi asas untuk kegunaan petani.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, MARDI memerlukan tempoh antara lima hingga enam tahun untuk mengeluarkan benih padi sah.

Menurutnya, ia merangkumi pengeluaran benih asas, benih daftar dan benih sah.

"Jika ada industri yang berkemampuan, kementerian mengalu-alukan sumbangan mereka untuk meningkat industri benih padi ini," katanya ketika sesi pertanyaan dan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai usaha kerajaan untuk menghasilkan benih padi sendiri.

Menurut Ronald, terdapat 17 jenis varieti benih padi diisytihar oleh kerajaan sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 15 varieti dihasilkan oleh MARDI, manakala dua varieti dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Padi MARDI Siraj 297 - Varieti Padi Berhasil Tinggi

"Varieti benih padi ini terdiri daripada padi biasa atau inbred, padi wangi, padi warna, padi rintang racun herba dan padi aerobik.

"Pada masa kini, varieti benih padi yang mendapat sambutan yang baik oleh pesawah ialah MARDI SIRAJ 297, diisytihar pada 2016 yang dianggarkan 43.2 peratus digunapakai oleh pesawah di Semenanjung Malaysia.

"MARDI juga menghasilkan dua varieti benih padi baharu iaitu MR 315 dan MRQ 104.

"MR 315 adalah varieti padi biasa atau beras putih biasa dengan potensi hasil di antara tujuh hingga sembilan tan sehektar dan sesuai di tanam di seluruh jelapang dan luar jelapang," katanya.- HM

1 Comment