Strategi berkesan KKM turunkan kes COVID-19 Sabah- Masidi
03:11 Nov 10, 2020  |  By SabahKini2
Strategi berkesan KKM turunkan kes COVID-19 Sabah- Masidi

Walaupun turun rakyat jangan leka kerana angka berkenaan hanya akan terus menurun sekiranya semua pihak berkerjasama dan lebih berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun yakin penurunan kes Covid-19 dalam tempoh tiga hari ini adalah kerana strategi berkesan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Saya rasa, angka yang ditunjukkan hari ini adalah diramal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa strategi mereka berfungsi.

Bagaimanapun katanya kita jangan leka kerana angka berkenaan hanya akan terus menurun sekiranya semua pihak berkerjasama dan lebih berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

”Hari ini, sebanyak 370 kes baru dicatatkan dan terdapat sedikit penurunan kes harian selepas 3 hari lalu.

“Saya sangat berharap angka ini terus menurun untuk hari seterusnya,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 di Sabah aplikasi Zoom, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, 3 lagi pusat kuarantin dan rawatan Covid berisiko rendah (PKRC) dibuka hari ini bagi menampung pertambahan pesakit di beberapa daerah di negeri itu.

Katanya, salah satu PKRC dibuka di Kompleks Penjara Kepayan yang mempunyai kapasiti 120 katil dan dikhaskan untuk banduan yang dijangkiti Covid-19 di situ.

”2 lagi pusat yang dibuka adalah di Dewan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Tuaran yang mempunyai kapasiti 60 katil serta di Dewan Masyarakat Tenom yang boleh memuatkan 48 katil.

PKPD Penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah Lahad Datu

 

Sementara itu Penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah hari ini memohon supaya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dilanjutkan, kerana khuatir akan hilang pekerjaan serta pendapatan mereka terjejas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri memahami keresahan disuarakan penduduk itu.

Beliau berkata kerajaan negeri akan meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah serta Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk segera menilai semula kawasan itu dan memberi laporan pada mesyuarat MKN seterusnya.

“Saya mohon penduduk supaya bertenang, apa sahaja keputusan yang dibuat adalah atas kebaikan bersama. Saya tidak fikir Kementerian Kesihatan buat apa-apa keputusan untuk susahkan orang ramai.

“COVID-19 ini memang menggerunkan, buat sementara waktu tunggu penilaian semula saya minta semua pihak bersabar dahulu,” katanya.

 

1 Comment