(VIDEO) Rakyat Sabah perlukan sekarang, bukan tahun depan kata Najib
17:11 Nov 10, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Rakyat Sabah perlukan sekarang, bukan tahun depan kata Najib

Najib Razak (BN-Pekan) berkata rakyat Sabah perlukan bantuan sekarang bukan tahun depan sebab negeri itu telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) paling lama tempohnya dan paling terjejas dengan gelombang ketiga COVID-19.

Kredit Video- Harian Metro

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta segera menyalurkan bayaran tunai tambahan RM1,000 buat rakyat Sabah, khususnya penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) berikutan keadaan pandemik COVID-19 yang teruk di negeri itu.

Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) berkata rakyat Sabah perlukan bantuan sekarang bukan tahun depan sebab negeri itu telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) paling lama tempohnya dan paling terjejas dengan gelombang ketiga COVID-19.

Katanya, Sabah juga adalah antara negeri yang paling tinggi kadar kemiskinannya dan bertambah teruk ketiuka zaman pentadbiran WARISAN dan Pakatan Harapan (PH).

"Kadar pertumbuhan Sabah turun dari 8.2 peratus pada 2017 (zaman Barisan Nasional) paling tinggi di antara semua negeri dalam Malaysia, menjunam ke paling rendah untuk dua tahun berturut-turut dengan kadar pertumbuhan cuma 1.5 peratus pada tahun 2018 dan 0.5 peratus pada tahun 2019.

"Kita jangan membiarkan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung bertambah besar. Bantulah Sabah sekarang," katanya dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021, di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib berkata, bantuan itu dapat dilaksanakan kerana negeri itu dijangka bakal menerima pembayaran cukai petroleum sebanyak RM1.25 bilion tahun depan.

Dilaporkan sehingga kini, terdapat 737,797 penerima bantuan BPN dari golongan B40 dan M40 di Sabah.

Mencelah perbahasan itu Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berpendapat bantuan RM1,000 juga boleh diberikan kepada penerima BPN di Sarawak, Kelantan dan Terengganu kerana negeri itu juga bakal menerima bayaran cukai petroleum dari PETRONAS.

 

7 Comments