Shafie, Warisan hanya ikut Dr Mahathir, cukai jualan 5% dimulakan Kerajaan Sarawak- ADUN Tulid
06:11 Nov 11, 2020  |  By SabahKini2
Shafie, Warisan hanya ikut Dr Mahathir, cukai jualan 5%  dimulakan Kerajaan Sarawak- ADUN Tulid

Ketika Dr Mahathir datang Sabah, Dr Mahathir kata Royalti pembunuh PETRONAS. Shafie senyum. Tapi Kerajaan Sarawak melawan termasuk menuntut cukai jualan. Tahun 2019 Sarawak menang barulah Shafie terhegeh-hegeh ikut dan 'claim'.

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah dan presidennya Datuk Seri Shafie Apdal harus berhenti menuntut kredit atas hasil kerja keras orang lain.

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Tulid Puan Flovia Ng menyifatkan kenyataan akhbar Adun Merotai dari Warisan Saifuddin Hatta bahawa Shafielah yang berjaya mendapatkan RM1.25 billion bagi pembayaran cukai jualan hasil petroleum untuk Sabah sebagai sesuatu yang memalukan dan melucukan.

“Namun, apa lagi yang dapat diharapkan dari Warisan? Selama 26 bulan, mereka langsung tidak membuat apa-apa untuk Sabah kecuali memotong reben dan merasmikan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lama.

“Sumbangan mereka yang paling berharga ialah membuat pengumuman-pengumuman yang biasanya bernilai berbilion-bilion ringgit tetapi habuk pun tiada.

“Dan kini, setelah kalah dalam pilihanraya yang mereka sendiri paksakan, mereka tetap dengan permainan lama mereka iaitu menuntut kredit atas kerja orang lain sedangkan mereka langsung tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan cukai jualan 5% itu,” katanya.

Ng berkata Saifuddin harus mendidik dirinya terlebih dahulu sebelum membuka mulut dan menyedari bahawa pembayaran RM1.25 bilion ini langsung tiada kaitan dengan kononnya usaha Shafie sejak tahun 2018.

Beliau berkata surat-surat Shafie sama sekali tidak membawa erti apa-apa kepada syarikat-syarikat minyak dan amat ketara yang bekas ketua menteri itu hanya ingin membuatkan dirinya tampak bagus di hadapan anak-anak buahnya.

Sebenarnya, Ng berkata rakyat masih ingat bagaimana pada tahun 2019, perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau secara peribadi akan membincangkan isu minyak dan gas dengan kedua-dua ketua menteri Sabah iaitu Shafie dan Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg.


Sejak September 2018 Shafie hanya akur bila diperlekeh Dr Mahathir..
Hanya Ketua Menteri Sarawak bangkit

Selepas ‘perbincangan’ itu, isu cukai jualan langsung tidak disebutkan dalam pertemuan seterusnya dan Shafie langsung tidak memberi penjelasan mengapa isu itu tidak menjadi salah satu agenda mesyuarat ketika itu, kata Ng.

“Mujurlah Sarawak, bukan seperti Shafie, sedar dan tahu lebih banyak mengenai hak mereka, dan dengan itu telah mengambil tindakan menyaman Petronas demi mendapatkan cukai jualan itu.

“Petronas tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membenarkan Sarawak mengutip cukai jualan 5%, maksudnya keputusan sama harus dibuat terhadap Sabah.

“Disebabkan inilah maka Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan telah berjumpa dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan isu hak-hak Sabah.

“Tidak seperti mentor Shafie iaitu Dr Mahathir, Perdana Menteri kita sekarang mengambil berat mengenai Sabah dan telah bersetuju bahawa keputusan mahkamah ke atas saman Sarawak boleh digunakan juga untuk Sabah,” kata Ng.

Shafie mungkin juga telah berusaha untuk mendapatkan cukai jualan ini tetapi hakikatnya beliau gagal kerana beliau berurusan dengan Mahathir. Sudah tentu Shafie tidak berani langsung menyaman Petronas kerana ini bermaksud menentang Mahathir. GRS, sebaliknya, berjaya mendapatkan cukai jualan ini kerana kerajaan negeri GRS bekerjasama dengan kerajaan persekutuan PN.

Oleh itu, Ng berkata surat-surat Shafie tiada kena-mengena dengan cukai jualan 5% tidak kiralah berapa banyak yang beliau tulis atau berapa panjang sekalipun, ia tetap sia-sia dan Shafie dan Warisan tidak layak diberi apa-apa pengiktirafan bagi kejayaan ini.

“Saya berharap rakyat Sabah tidak lagi senang-senang ditipu Warisan. Sememangnya Warisan handal memutar belit fakta dan menuntut kredit tetapi rakyat Sabah lebih bijak dan ramai telah sedar yang Warisan hanyalah sebuah parti yang cakap kosong saja,” katanya.

13 Comments