PRK Batu Sapi: PRN Sabah satu pengajaran- Masidi
12:11 Nov 12, 2020  |  By SabahKini2
PRK Batu Sapi: PRN Sabah satu pengajaran- Masidi

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat terutama terhadap pengundi di luar Batu Sapi.

Peningkatan mendadak kes COVID-19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah wajar dijadikan pengajaran kepada semua pihak dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat terutama terhadap pengundi di luar Batu Sapi.

Beliau berkata, walaupun kerajaan negeri menetapkan pelbagai SOP dan sekatan, namun ia akan menjadi dilema jika pengundi di luar Sabah tetap ingin kembali untuk mengundi. 

"Walau bagaimanapun, ini akan diputuskan SPR dan kita akan menunggu sehingga SPR mengumumkan SOP yang perlu dipatuhi," katanya pada sidang media 

Beliau diminta mengulas kemungkinan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan memberi kesan pergerakan pengundi dari luar Sabah kembali ke negeri ini.

Katanya, apa yang berlaku selepas PRN Sabah adalah satu pengajaran yang baik.

"Ia adalah satu pengajaran untuk kita dan ia akan menjadi sesuatu yang bodoh untuk kita mengulangi kesilapan sama," katanya.

5 Comments