Kantoi fitnah, portal milik Amanah tarik balik artikel, mohon maaf pada PM
07:11 Nov 13, 2020  |  By SabahKini2
Kantoi fitnah, portal milik Amanah tarik balik artikel, mohon maaf pada PM

Artikel Portal Amanah itu jelas menuduh atau memberi maksud seolah-olah Muhyiddin selaku presiden Bersatu dan PM yang mengarahkan peguam itu untuk menyaman Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan portal milik Parti Amanah, Malaysia Dateline yang cuba mengaitkan tindakan saman Syed Iskandar Syed Jaafar terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai ‘Orang Muhyiddin’ akhirnya memakan diri apabila Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan membuat laporan polis berhubung artikel ditulis Rayusa itu.

"Bagi pihak Bersatu, kami merasakan ini satu fitnah yang besar kepada perdana menteri yang tak patut dilakukan oleh mana-mana pihak, mana-mana laman berita terutamanya.

"Fokus kita ialah pada satu perenggan dalam laporan tersebut yang mana perenggan itu jelas merupakan satu fitnah kepada perdana menteri," katanya

Perenggan yang dimaksudkan berbunyi:

"Difahamkan bahawa Syed Iskandar (peguam berkenaan) ialah 'orang' Muhyiddin sendiri. Jadi, jika pihak beliau sendiri, tentulah tindakan peguam itu kelihatan seperti direstui, dan memang digalakkan/dilindungi".

Artikel Portal Amanah itu jelas menuduh atau memberi maksud seolah-olah Muhyiddin selaku presiden Bersatu dan perdana menteri yang mengarahkan peguam itu untuk menyaman Yang di-Pertuan Agong.


Bukan kali pertama portal milik AMANAH ini melakukan kerja jahat. Oleh itu
sebaiknya ambil peluang ini untuk tindakan tegas buat Malaysia Dateline. Apatah lagi fitnah terhadap PM dan YDPA

Susulan laporan itu Malaysia Dateline yang terkenal dengan berita ‘spin’ mengaku memberi maklumat tidak tepat, memohon meminta maaf serta menarik balik artikel itu.

Pada 30 Oktober lalu, peguam Syed Iskandar Syed Jaafar, melalui firma guaman Tetuan Kengadharan & Co, memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bukan lagi rahsia Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar merupakan peguam pro PH

Malah firma Tetuan Kengadharan & Co merupakan peguam pembela HINDRAF dan beberapa kes pemimpin PH

Comment