Turut terlibat ialah Michael P Ubu pemilik firma guaman Michael Ubu & Co yang juga adalah Naib Presiden KDM diberi notis 48 jam untuk menyerah diri ke pejabat SPRM namun telah menghilangkan diri lebih awal ke luar negara.
Penahanan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony direman 7 hari hari bermula 5 Disember lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memalukan pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Sabah kerana melibatkan Presiden KDM.
Ia berkaitan kes pembelian tanah ladang kelapa sawit berstatus tanah adat bernilai RM155 juta di daerah Tongod pada tahun 2014.
Turut terlibat ialah Michael P Ubu pemilik firma guaman Michael Ubu & Co yang juga adalah Naib Presiden KDM diberi notis 48 jam untuk menyerah diri ke pejabat SPRM namun telah menghilangkan diri lebih awal ke luar negara.
Netizen mempersoalkan kehilangan Michael Ubu Naib Presiden KDM kerana skandal RISDA ini ada sesuatu yang disembunyikan
“ Jika benar beliau tidak bersalah mengapa perlu melarikan diri. Beliau perlu hadir siasatan itu bukan lari”. Antara komen pengguna facebook.
Ini kali kedua Peter ditahan reman suruhanjaya terbabit selepas kali pertama disiasat bersama 12 individu lain, termasuk Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Oktober tahun dan kali kedua ketika dipanggil berhubung siasatan kes penyelenggaraan elektrik UMS. (tidak direman).
Pada Mac 2016 Pengerusi RISDA melaporkan kepada polis berhubung pecah amanah dan kehilangan wang deposit RM15.5 juta iaitu wang 10 peratus yang telah dibayar kepada firma guaman Michael Ubu peguam KDM (Peguam Peter). Tidak ada laporan kepada SPRM sejak Mac 2016 seolah-olah ada sesuatu disembunyikan oleh RISDA.
Bagaimanapun kes ini terus disiasat sehinggalah penahanan Datuk Peter Anthony. Skandal ini memalukan KDM Sabah apabila melibatkan dua pemimpin kanan KDM. Integriti pemimpin KDM yang dikatakan berjuang untuk rakyat ini dipersoalkan.
Datuk Peter Anthony adalah proksi Shafie Apdal ketika proses jual beli tanah adat di Tongod itu dan mengarahkan RISDA membayar wang pendahuluan itu serta mengeluarkannya untuk diagihkan lebih awal. Bagaimanapun Kerajaan Negeri Sabah tidak meluluskam pertukaran status tanah adat itu yang menyebab pembayaran RM155 juta dibatalkan.
Sumber mendedahkan Shafie Apdal sebagai Menteri dan beberapa pegawai KKLW serta RISDA juga akan dipanggil untuk siasatan kes.
Penglibatan pemimpin pembangkang dalam skandal menjual tanah adat di Sabah bukan saja dilakukan oleh Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan bersama peguamnya Michael Ubu tetapi juga pernah berlaku kepada Pengerusi MPN PKR Sabah Christina Liew yang pernah terlibat dengan skandal penjualan tanah Bagahak yang menyebabkan Mahkamah Tinggi Tawau pada 30 September 2015 mensabitkan Christina Liew dan dua rakan subahatnya bersalah, selain diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29.
Rakyat Sabah berpendapat adalah sangat ironik pemimpin yang mahu berjuang hak Sabah tetapi menjual tanah adat rakyat Sabah untuk kepentingan masing-masing malah terlibat dengan skandal rasuah. Shafie Apdal dilihat sedang memperalatkan pemimpin Kadazan Dusun Murut (KDM) untuk meraih sokongan kepada partinya Parti Warisan Sabah yang dibeli dari Fred Gabriel dengan harga RM500,000. Ini termasuk usahanya membeli pemimpin KDM seperti Darrel Leiking Timbalan Presiden Warisan dan Terence Siambun (PKR).