Ketua Menteri Nafi Infografik PALSU tapi Netizen sokong buang Pegawai Warisan khianat
16:11 Nov 15, 2020  |  By SabahKini2
Ketua Menteri Nafi Infografik PALSU tapi Netizen sokong buang Pegawai Warisan khianat

Sebenarnya tidak perlu melayan fitnah infografik Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji dan juga Datuk Masidi Manjun yang disebar Cytro Warisan. Tugas paling penting pegawai Menteri ialah cari salah laku rasuah projek Menteri Warisan 26 bulan lalu. Bongkar!

Setiausaha akhbar kepada Hajiji Noor, Lucy Irene Yong hari ini membuat penafian satu infografik fitnah menuduh ketua menteri Sabah kononnya menyalahkan penjawat awam sebagai punca kelewatan serta masalah dalam pengagihan bantuan bakul makanan di negeri berkenaan.

Beliau berkata, Hajiji tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian, sebaliknya sangat menghargai pengorbanan semua pihak yang bersama-sama berusaha memerangi wabak Covid-19 serta mereka yang menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Satu hantaran yang viral di media sosial dengan kenyataan yang menyalahkan penjawat awam berlatarbelakangkan gambar ketua menteri itu adalah palsu.

“Gambar yang viral di semua platform media sosial itu adalah berniat jahat untuk memburukkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta pemimpinnya,” katanya

Lucy berkata, laporan polis juga akan dibuat berhubung perkara itu, selain berharap tindakan diambil terhadap pihak yang menyebarkan gambar kenyataan palsu tersebut.

Fitnah Cytro Warisan

Semakan Sabahkini2 sejak beberapa hari lalu penyokong Warisan sibuk menularkan infografik Ketua Menteri Sabah itu di laman sosial aplikasi WhatsApp dan facebook.

Turut disebarkan infografik format sama ialah fitnah terhadap Datuk Seri Masidi Manjun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. 

Pemfitnah Warisan mempunyai design yang sama

Kenyataan itu diubah suai dari amaran Ketua Menteri pada awal November lalu agar petugas di daerah di seluruh negeri supaya segera menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk yang terkesan akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Ia susulan terdapat aduan daripada rakyat pelbagai kawasan berhubung kelewatan memandangkan peruntukan kepada daerah telah diberikan.

Hajiji juga telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong untuk memantau proses penyerahan bantuan dengan teliti bagi memastikan bakul makanan disediakan kerajaan diberikan kepada setiap penerima di seluruh negeri pada waktunya. Tidak ada timbul isu menghina penjawat awam.

Aduan Pegawai Daerah, ADO Pro Warisan

Sabahkini2 mendedahkan ada Pegawai Daerah, ADO dan pegawai kawasan yang dilantik Warisan masih sengaja melewatkan pemberian bakul makanan seakan melakukan sabotoj kerajaan negeri.

Antara mesej tular bulan lalu ketika pelaksanaan PKPB

Malah ada bekas pemimpin Warisan UPPM Daerah seperti Ranau dilaporkan ‘kawtim’ dengan Pegawai Daerahnya mengeluarkan peruntukan yang diluluskan kepada pejabat daerah tetapi seolah-olah Warisan yang memberi bantuan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Hajiji beri amaran jangan lambat serah bantuan makanan sepatutnya tukar Pegawai Daerah ‘Pro Warisan’ ]

Oleh itu amaran teguran Ketua Menteri itu sudah tentu sangat berasas. Pelbagai pihak akur dengan peranan penjawat awam negeri namun pegawai yang dilantik oleh Kerajaan Warisan tidak boleh taat setia kepada Kerajaan mereka wajar berundur dan memberikan peluang kepada orang lain.

Jika mereka masih tidak boleh bekerja dengan kerajaan baharu maka wajar dipindahkan atau dipecat jika berstatus kontrak.

Laporan Sabahkini2 sebelum ini sangat jelas jika kerajaan negeri tidak menstruktur penjawat awam bertugas di negeri maka lebih banyak masalah berlaku terutamanya isu sabotaj kerajaan. Satu contoh di depan mata ialah kelulusan RM300 juta pinjaman kepada Air Asia Group oleh Lembaga Pengarah Sabah Development Bank (Pro Warisan) tanpa memaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah yang baru.

[ARTIKEL BERKAITAN - Mana SPRM? Shafie, BOD SDB lulus pinjaman AirAsia RM300 juta selepas Bubar DUN?]

Sumber juga mendedahkan beberapa Pegawai Daerah, ADO dan pegawai lain di daerah juga sudah mula di tukar bagi melicinkan segala usaha kerajaan GRS sekarang. Begitu juga menggantikan Pengarah Yayasan Sabah, Pengarah JKR Sabah dan beberapa pegawai kementerian adalah tindakan tepat.

Sebenarnya Lucy Irene Yong Setiausaha Akhbar Ketua Menteri tidak perlu pun melayan infografik itu kerana ia hanya memberikan senyuman kepada cyrto Warisan tentang kerja mereka. Lebih baik pegawai dan setiausaha akhbar Ketua Menteri dan Menteri fokus kepada penyebaran infografik kerja-kerja 'bos' mereka. 

Stanly Tin seorang pengguna facebook dalam komennya bersetuju menukar pegawai lantikan Warisan ini.

"Tukarlah pegawai lantikan warisan...nanti menjadi duri daging seperti sekarang". katanya
 
 
NOTA: Jangan layan sangat fitnah Warisan. Sila beri info dedah salah laku Warisan ketika menteri. Ini keutamaan.
2 Comments