COVID-19: 1,290 kes baharu, Sabah 660, 4 kematian
22:11 Nov 19, 2020  |  By SabahKini2
COVID-19: 1,290 kes baharu, Sabah 660, 4 kematian

Sebanyak 1,290 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 51,680 kes. Sabah kembali meningkat. Kluster Penjara Punca Kes Di Sandakan Meningkat Kepada 316

Sehingga 19 November 2020, Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,222 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,285 kes pula adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Dua (2) negeri yang mencatatkan kes yang tertinggi pada hari ini adalah Sabah (660 kes) dan Selangor (407 kes). Pelaporan kes yang tinggi di Sabah berpunca daripada kluster-kluster berkaitan Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara (250 kes). Manakala, peningkatan kes di Selangor pula berpunca daripada Kluster Teratai (245 kes) dan sebuah kluster baharu pada hari ini iaitu Kluster Kapas BJ (55 kes). Kedua-dua kluster tersebut adalah kluster berkaitan tempat kerja yang melibatkan bukan warganegara.

Sebanyak 269 kes (20.9 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Sandakan (218 kes), Kluster Matambai (15 kes), Kluster Tembok (15 kes), Kluster Penjara Kepayan (9 kes), Kluster PTS Tawau (6 kes), Kluster Benteng PK (3 kes), Kluster GK Tawau (2 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Perincian 1,290 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 19 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Sabah: 660 kes 
    • 418 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 144 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 98 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Selangor: 407 kes 
    • 361 kes daripada kluster-kluster, termasuk 55 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kapas BJ;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 72 kes  
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Prestij
    • Lima (5) kes import dari luar negara;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.  
  • Perak: 48 kes  
    • 37 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Bercham
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan 
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.  
  • Negeri Sembilan: 32 kes 
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;  
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kelantan: 17 kes 
    • 15 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 15 kes 
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 15 kes 
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kiambang;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: Lapan (8) kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Sarawak: Lapan (8) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kedah: Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Melaka: Satu (1) kes  daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 37 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 326 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
323 43767 Johor Perempuan (WN) 62 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, dan obesiti
324 43923 Sabah Perempuan (WN) 29 Hospital Duchess of Kent Penyakit buah pinggang kronik
325 45064 Perak Lelaki (WN) 58 Hospital Raja Permaisuri Bainun   Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan penyakit buah pinggang kronik
326 50117 Sabah Perempuan (BWN) 47 Hospital Lahad Datu Penyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 878 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 38,132 kes (73.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

2 Comments