[VIDEO] Pegawai Imigresen ‘Jual Negara’, Gred KP19 mampu Rolls Royce, Mustang! Mereka Kambing Hitam?
05:11 Nov 22, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Pegawai Imigresen ‘Jual Negara’, Gred KP19 mampu Rolls Royce, Mustang! Mereka Kambing Hitam?

Siapa dalang pegawai tinggi di belakang Gred KP19?

Media melaporkan lebih 30 orang Pegawai Imigresen ditahan SPRM 'Passport Terbang'. Gred KP 19 miliki kenderaan mewah? Tak mungkin pegawai rendah melakukannya jika tiada arahan atas. Siapa pegawai itu? Dulu KP Imigresen tuntut wartawan minta maaf isu KLIA

Ops Selat mendedahkan pengkhianat sebenar negara di pintu masuk sempadan negara apabila 28  pegawai Imigresen ditahan dan pegawai dari gred terendah KP19 bersekongkol dengan sindiket kemasukan warga asing memiliki kenderaan mewah seperti Rolls Royce Phantom, Mustang, Range Rover dan Audi.

Sindiket sanggup memberikan apa sahaja asalkan urusan ‘passport terbang’ mengguntungkan sindiket.


Menurut sumber semua kenderaan mewah didaftarkan atas nama dua warga China, ejen pekerja asing China di Malaysia, dan dua ejen lelaki tempatan.

"Setakat hari ini SPRM sudah menahan 50 orang dalam Ops Selat, yang berkaitan pemalsuan cop kemasukan bagi melintasi sempadan negara, membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam," katanya.

Beliau berkata, selain itu wang tunai berjumlah RM800,000, 26 kereta mewah, serta empat motosikal berkuasa tinggi dirampas dalam Ops berkenaan.

Ia belum mengambil kira harta lain yang terbabit seperti rumah, tanah, barang kemas dan sebagainya.

Modus operandi sindiket ialah mengatur "setting" di kaunter Imigresen khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 yang menurutnya turut didalangi ejen di luar negara.

Beliau berkata, sindiket antarabangsa itu biasanya akan memaklumkan nama, nombor pasport dan jadual penerbangan mana-mana pelawat atau pekerja asing yang sudah disenarai hitam daripada memasuki Malaysia, kepada ejen-ejen di negara ini.

Ejen di Malaysia pula akan berhubung dengan pegawai imigresen di KLIA dan klia2 untuk mengatur (setting) kaunter yang akan membantu meloloskan pekerja asing atau pelawat asing masuk ke Malaysia menggunakan cap palsu.

"Begitu juga dengan proses keluar dari negara ini yang akan berhadapan dengan pelbagai kesulitan seperti senarai hitam, pas lawatan tamat tempoh dan pasport palsu.

"Hanya kaunter tertentu di KLIA dan Klia2 akan digunakan oleh pekerja atau pelawat asing dengan bantuan ejen ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung sindiket ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Isnin lalu, SPRM dilaporkan menahan lebihb 46 individu termasuk 27 pegawai Jabatan Imigresen dalam serbuan serentak di empat negeri yang disyaki terbabit dengan sindiket penggunaan guna cap palsu keluar dan masuk di sempadan negara.

[ARTIKEL BERKAITAN- 27 pegawai imigresen di Putrajaya, Selangor, Johor, Sabah, Sarawak antara ditahan kes rasuah 'Passpot'

Terbaru seorang lagi pegawai Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) direman SPRM bersama dua individu lain berhubung pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.

Dengan penahanan itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan dalam Op Selat sejak 16 November lalu kini menjadi 53 orang. Jumlah itu termasuk 33 pegawai Imigresen yang bertugas di KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.
 
Dengan penangkapan pegawai imigresen KLIA dan KLIA2 itu bermakna dakwaan wartawan Harian Metro pada tahun 2017 itu adalah benar mengenai sindiket pintu masuk itu. Dan hari ini membuktikan dakwaannya. 
 

KP Imigresen lama  memohon wartawan meminta maaf. Bagaimana sekarang KP Imigresen
terkini nak minta maaf dengan rakyat tak? Berapa ratus ribu warga asing dah hilang? 

 Laporan Harian Metro..

Kemusykilan

Bagaimana Gred KP19 yang paling rendah boleh menjadi kaya raya mewah? Arahan siapa mereka ikuti jika tidak ada pegawai atasan mengarahkan mereka berbuat demikian. Apakah mereka pegawai serendah KP19 ini hanya 'kambing hitam'? Mengapa gred pegawai tinggi yang ditangkap SPRM tidak didedahkan? Mesti mereka lebih banyak memiliki harta berbanding pegawai 'nyamuk' imgresen.

Tidak mungkin laporan pintu masuk Harian Metro tahun 2017 tidak disiasat sedangkan Bekas Ketua Pengarah Imigresen ketika itu adalah bekas Timbalan KP SPRM. Ini sangat mengyangsikan mengapa selepas tiga tahu baru dijejaki pengkhianat negara ini.

9 Comments