Brenndon Bersekongkol Shafie Apdal Warisan Wajar Letak Jawatan Peguam Besar Negeri Sabah
14:11 Nov 22, 2020  |  By SabahKini2
Brenndon Bersekongkol Shafie Apdal Warisan Wajar Letak Jawatan Peguam Besar Negeri Sabah

Mengapa Warisan pertahan Brenndon kekal sebagai Peguam Besar Sabah? Brenndon Keith Soh wajar meletak jawatan kerana bersekongkol dengan Shafie Apdal dan peguamnya sebelum ini termasuk kes pembubaran DUN. Apa jaminan Brenndon setia dan tidak bocorkan maklu

Mengapa isu Brenndon Keith Soh Peguam Besar Sabah menjadi isu? Ia perkara paling mudah jadi macam Tommy Thomas bertukar sahaja kerajaan Persekutuan pada februari lalu Tommy meletak jawatan terus sebagai Peguam Negara. Jadi anak jantan! sedar diri.

Maka sekalipun Brenndon Keith Soh menerima watikah pelantikan sebagai Peguam Besar Negeri Sabah pada 11 Julai 2020 hingga 10 Julai 2022 bertukar sahaja kerajaan pada 26 September 2020 selepas Pilihanraya Negeri Sabah maka Brenndon Keith Soh yang dilantik oleh Shafie Apdal Ketua Menteri sebelum itu sepatutnya sedar dan beliau meletak jawatan sendiri tanpa perlu dipaksa.

Kenapa pula ada penganalisis politik cabuk dari Universiti Malaysia Sabah UMS Romzi Ationg dari (Orang Warisan) memberi pandangan agar kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu berhati-hati berhubung kedudukan peguam besar negeri itu kerana ia berisiko memberi kesan negatif terhadap imejnya. Katanya

“Kedudukan peguam besar harus bebas daripada pengaruh politik dan menjadi institusi yang boleh bertindak bebas bagi memastikan kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

“Tetapi kesan tekanan (yang didakwa) itu ialah kerajaan dilihat tidak menjarakkan diri daripada nepotisme atau penggunaan kuasa politik bagi memastikan tidak berlaku tentangan dalaman. Rakyat mahu melihat kerajaan bebas daripada semua ini.

Nepotisme? Shafie lantik saudara mara orang Semporna mana suara dia? Apa yang penganalisis cabuk tu merepek! Kalau dah jadi penyokong Warisan pun terimalah realiti Warisan bukan kerajaan lagi. Kerajaan baharu maka pegawai baharu.

Tidak timbul imej negatif. Yang rakyat mahu tahu ialah sudah dibersihkan ke penyokong Warisan dalam kerajaan? Buang semua CEO lantikan Warisan, Penasihat MA63, SUT, Pengarah, Pegawai Daerah, BOD GLC dan lain-lain lagi. Ini perkara biasa.

Jika tak buang lihat apa jadi pada CEO Sabah Development Bank Berhad dan BODnya yang meluluskan RM300 juta pinjaman wang rakyat Sabah kepada Air Asia. Paling malang Ketua Menteri baharu pun tidak dimaklum. Hendak halangpun wang RM300 juta dah beri penuh kepada Air Asia. Wang lesap projek Air Asia belum tentu dibuat lagi memandangkan syarikat itu sedang melingkup.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie mengaku selamatkan AirAsia cuma pinjaman RM300 juta SDB rakyat Sabah tidak perlu tahu! 

Yang lantik Peguam Besar Negeri Sabah ialah Ketua Menteri atas  Perakuan Yang di-Pertua Negeri  sudah tentu Ketua Menteri Baharu mempunyai pilihan sendiri siapa Peguam Besar Negeri yang sesuai dengan tugas itu. Ada ramai individu di luar sana yang bebas, bukan orang politik dan profesional. Tapi yang pasti bukannya Peguam lantikan Shafie Apdal dan Warisan.

Mengapa perlu Brenndon?

Seorang Peguam seperti Brenndon yang melawan sepasukan bekas wakil rakyat diketuai Tan Sri Musa Aman termasuk Datuk Hajiji dalam kes bubar DUN  tiba-tiba kini menjadi Peguam Besar Negeri untuk kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor.

 Brenndon tak janggal? dulu dia lawan kini dia ampu semula.

Ia sangat janggal dan sangat bodoh jika mengekalkan Brenndon. Ini bukan profesional lagi. Ini mengenai kesetiaan kepada Kerajaan dan Ketua Menteri. Bagaimana kita tahu Brendon Keith Soh tidak khianat dan membocorkan semua gerak kerja Ketua Menteri Sabah baharu kepada bos lamanya Shafie Apdal?

Tidak timbul juga isu Brenndon diberi gaji dengan Gred Utama Turus II dan VU3 dalam perkhidmatan awam Sabah dengan gaji permulaan RM 13,659.07 atau mungkin dibayar lebih mahal mengikut dakwaan pelbagai pihak (blogger) tetapi beliau tetap seorang Peguam Besar yang mempunyai kuasa yang luas di negeri Sabah. Pendapatan beliau di belakang tabir melalui firmanya tidak pernah terhenti pun sebagai Peguam Besar Negeri.

Mengapa perlu percaya kepada Brenndon yang bekerja rapat dengan Shafie dan Peguam Shafie Apdal Datuk Theodore Douglas Lind? 

Siapa tidak kenal Douglas Lind Peguam yang sentiasa mewakili Shafie Apdal terutama kes perebutan Ketua Menteri Sabah. Beliau menang kes itu malah Douglas diberi jawatan Senator pertama Warisan di Dewan Negara.

Warrior Peguam Warisan dapat Senator!

Datuk Theodore Douglas Lind dan Shafie Apdal

Berapa Shafie Apdal dan Kerajaan Negeri bayar firma Douglas Lind? Jika bayaran kecil pun pastinya Douglas mendapat manfaat besar dari hubungan baiknya dengan Shafie Apdal sebelum menjadi Ketua Menteri lagi. Dari kes perebutan Ketua Menteri Sabah, saman sivil malah sehingga kes bubar DUN, Shafie membayar firma Douglas Lind. Kes Amarjit Singh Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah di mahkamah juga diberi kepada Datuk Douglas Lind.


Antara kes mahkamah dikendalikan Douglas Lind

Malah melalui firma Douglas Lind, Lind Willie Wong and Chin Advocates and Solicitors mengupah firma peguam terkenal seperti Cyrus Das bagi kes pembubaran DUN oleh TYT. Baru-baru ini tular bil firma Cyrus Das di laman sosial pembayaran kepada kes pembubaran DUN di alamatkan kepada Lind Willie Wong and Chin Advocates and Solicitors. Sama ada Douglas Lind dilantik kerajaan negeri, Shafie, kerajaan caretaker atau dia menaja Cyrus Das ia mungkin satu cara menyembunyikan kos dan sudah tentu mereka mendapat habuan dengan pelbagai cara di tempat lain.

Bayaran diterima daripada Shafie melalui firma guaman 
Lind Willie Wong and Chin Advocates 


media melaporkan Shafie diwakili Peguam Datuk Cyrus Das tetapi bil dibayar
oleh Firma guaman Datuk Douglas Lind (seperti diatas)

Geng Warisan mendedahkah bayaran bil firma Lind Willie Wong and Chin Advocates and Solicitors kepada firma guaman Datuk Cyrus Das mungkin atas sebab mahu menunjukkan bayaran murah tetapi terlupa bahawa mereka mendedahkan Datuk Douglas Lind sebagai 'dalang utama' di belakang Shafie. 

Oleh itu apa perlunya mengekalkan Brenndon Keith Soh Peguam Besar Negeri Sabah punya hubungan rapat Shafie Apdal Warisan dan Datuk Douglas Lind? Mereka sama-sama berjuang menentang Datuk Seri Hajiji sebelum ini. Sudah tentu Douglas Lind dalang di belakang menasihati Shafie mengambil Peguam Besar Negeri yang boleh dikawal oleh mereka. 

Maka cadangan meminta Brenndon Keith Soh meletak jawatan adalah wajar. Mengapa Warisan begitu kuat mempertahankan Brenndon Keith Soh? Mereka pasti ada sebab untuk itu.

Percayalah Rakyat akan menyokong Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri Sabah jika Peguam Besar Negeri Sabah ditukar. SEGERAKAN

 

11 Comments