PPM efisien dan integriti wujudkan kerajaan yang kukuh- Hajiji
16:11 Nov 23, 2020  |  By SabahKini2
PPM efisien dan integriti wujudkan kerajaan yang kukuh- Hajiji

Hajiji mengingatkan PPM bahawa kerajaan hari ini berdepan cabaran memerangi pandemik Covid-19. Maka, usaha melaksanakan aktiviti pemulihan ekonomi terpaksa ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hari ini mengingatkan PPM yang dilantik di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mesti melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Beliau berkata tidak teragak-agak mengambil tindakan jika PPM gagal melaksanakan tugasnya.

“Jika ada PPM yang gagal melaksana tugas dan tanggungjawab diamanahkan, saya selaku Ketua Menteri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah 44 PPM, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini hari ini yang turut dihadiri pembantu menteri dan Pengarah UPPM, Datuk Matbali Musah.

Katanya lagi PPM yang efisien merupakan asas yang kukuh di peringkat akar umbi yang akan membantu mewujudkan sebuah kerajaan yang kukuh.

Hajiji mengingatkan PPM bahawa kerajaan hari ini berdepan cabaran memerangi pandemik Covid-19. Maka, usaha melaksanakan aktiviti pemulihan ekonomi terpaksa ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Saya harap apabila pandemik ini berakhir di Sabah, kita dapat memulihkan semula ekonomi Sabah,” jelasnya.

 

Comment