1,884 Kes Baharu, Selangor tertinggi 1,203 kes daripada kluster 'Top Glove'
00:11 Nov 24, 2020  |  By SabahKini2
1,884 Kes Baharu, Selangor tertinggi 1,203 kes daripada kluster 'Top Glove'

Selangor telah memintas Sabah dengan catatan tertinggi 1200. 1067 kes baharu daripada kilang Top Glove (Kluster Teratai).

Pada hari ini, 23 November 2020, negara telah merekodkan kes tertinggi harian sepanjang pandemik ini iaitu sebanyak 1,884 kes baharu.Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 56,659 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,842 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,882 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Tiga (3) negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Selangor iaitu sebanyak 1,203 kes (63.9 peratus), diikuti oleh Sabah yang melaporkan sebanyak 289 kes (15.3 peratus) dan seterusnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 196 kes (10.4 peratus). Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Lembah Klang berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,067 kes (76.2 peratus) dan Kluster Damanlela sebanyak 101 kes (7.2 peratus). Negeri Sabah pula masih melaporkan jumlah kes yang agak tinggi walaupun telah berkurang berbanding kebelakangan ini iaitu sebanyak 289 kes. Dari jumlah tersebut, 164 kes (56.7 peratus) adalah hasil saringan kontak rapat.

Sebanyak 33 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pada hari ini pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (12 kes), Kluster GK Tawau (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes), Kluster PTS Tawau (1 kes) dan Kluster Tembok (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri seperti berikut:

Perincian 1,884 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,203 kes 
    • 1,099 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 77 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Sabah: 289 kes 
    • 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 164 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 196 kes  
    • 187 kes daripada kluster-kluster, termasuk 80 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bintang dan Kluster Indah Mas
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.  
  • Perak: 81 kes  
    • 76 kes daripada kluster-kluster, termasuk 38 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teja Kasih
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 41 kes 
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: 36 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 12 kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 15 kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kobena;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara.
  • Kelantan: Sembilan (9) kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 115 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 48 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 337 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
336 51858 Sabah Lelaki (WN) 80 Hospital Duchess of Kent
337 53951 Sabah Perempuan (WN) 58 Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah Penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit obstruktif paru-paru kronik (COAD)

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

 

STATUS TERKINI KLUSTER TERATAI (TOP GLOVE) SEHINGGA 23 NOVEMBER 2020

KKM ingin memaklumkan situasi terkini Kluster Teratai di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah diisytiharkan pada 7 November 2020. Kluster ini telah menunjukkan peningkatan kes yang mendadak sejak akhir-akhir ini. Sehingga 23 November 2020, terdapat 2,524 kes positif (43.8 peratus) COVID-19 yang telah dilaporkan daripada keseluruhan 5,767 kes yang telah disaring. Sebanyak 1,330 sampel adalah negatif dan 1,913 masih menunggu keputusan.

Kes-kes dalam kluster ini terdiri daripada 164 warganegara dan 2,360 bukan warganegara yang berumur di antara 2 hingga 68 tahun. Kebanyakan kes daripada kluster ini merupakan pekerja-pekerja kilang di kawasan Meru, Klang. Semua kes positif telah dimasukkan ke hospital dan kontak rapat mereka telah dikuarantin untuk mengelakkan jangkitan kepada pekerja-pekerja lain. Pihak pengurusan kilang telah mengambil langkah inisiatif untuk mengasingkan pekerja-pekerja yang dikenalpasti sebagai kontak rapat di tempat-tempat kuarantin yang tertentu. Sehingga hari ini, tiada kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan tiada kes kematian dilaporkan.

Sejak 17 November 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di sekitar kawasan asrama pekerja dan rumah-rumah pekerja. Jumlah penduduk yang terlibat dalam PKPD adalah lebih kurang 5,900 orang. Namun, maklumat yang diperolehi daripada pihak pengurusan kilang mendapati keseluruhan pekerja adalah sebanyak lebih kurang 13,000 orang yang bertugas di 28 buah bangunan kilang yang berbeza. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan kilang untuk perancangan membuat saringan ke atas semua pekerja ini.

Perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah diadakan dengan pelbagai agensi kerajaan pada 23 November 2020, di mana ianya telah berkisar sekitar cadangan penutupan kilang-kilang berkaitan secara berperingkat. KKM menyambut baik perkara ini, yang telah pun diumumkan sebentar tadi oleh YB Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob. Ini membolehkan saringan dijalankan secara menyeluruh. Untuk itu, pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan akan digerakkan ke kawasan yang terlibat bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan yang akan dipergiatkan.

1 Comment