Kluster 'Top Glove' mengganas lebih 1000 kes, 28 kilangnya ditutup secara berperingkat
00:11 Nov 24, 2020  |  By SabahKini2
Kluster 'Top Glove' mengganas lebih 1000 kes, 28 kilangnya ditutup secara berperingkat

Sebanyak 1,067 kes positif COVID-19 dicatat dalam kalangan pekerja Top Glove. ia sekaligus meletakkan Selangor kes tertinggi mengatasi Sabah.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kilang pengeluar sarung tangan, Top Glove di daerah Klang akan ditutup secara berperingkat susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja kilang terbabit.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penutupan secara berperingkat itu akan diselaraskan oleh Jawatan Kuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bersama pihak pengurusan Top Glove.

"Setakat hari ini, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan 5,794 saringan ke atas pekerja kilang Top Glove dan sebanyak 1,889 kes positif COVID-19 direkodkan.

"Untuk hari ini sahaja, sebanyak 1,067 kes positif COVID-19 dicatat dalam kalangan pekerja Top Glove," katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Katanya, penutupan 28 kilang itu bagi membolehkan semua pekerja menjalani ujian saringan dan kuarantin.

Sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan selama 14 hari di asrama pekerja asing Top Glove Corp Bhd di Meru, Klang, mulai Selasa lalu selepas KKM mengesan 215 kes positif COVID-19.

Pelaksanaan PKPD di kawasan asrama asrama lelaki di Jalan Abadi 1A/KU8, asrama wanita di Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Abadi 10A/KU8 membabitkan 5,700 pekerja yang tinggal di asrama lelaki dan wanita dan 1,200 penduduk di kawasan berhampiran.

LEBIH LANJUT 

[BACA : 1,884 Kes Baharu, Selangor tertinggi 1,203 kes daripada kluster 'Top Glove]

 

Comment