SPRM tahan Timbalan Pengarah Imigresen: Sindiket 'Passport Terbang' dan 'Kaunter Setting' KLIA, Siapa lagi?
05:11 Nov 24, 2020  |  By SabahKini2
SPRM tahan Timbalan Pengarah Imigresen: Sindiket 'Passport Terbang' dan 'Kaunter Setting' KLIA, Siapa lagi?

Lebih 50 orang termasuk Timbalan Pengarah Imigresen KLIA direman SPRM. Sindiket ‘Passport terbang’ dan ‘Kaunter Setting’ di KLIA menjadikan pegawai imigresen jutawan. Wang tunai lebih RM800,000, 26 kereta mewah Rolls Royce Phantom, Mustang, Range Rover...

Susulan gempur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ops Selat menahan pegawai jabatan imigresen, orang awam, dan laporan KP19 memiliki kenderaan mewah akhirnya didedahkan tangkapan seorang timbalan pengarah Jabatan Imigresen sindiket ‘Passport terbang’ itu.

Timbalan pengarah yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dan 2 lagi pegawai imigresen merupakan tangkapan terbaru dalam operasi besar bersama SPRM itu.

Sama ada Pegawai Imigresen rendah seperti Gred KP19 sebagai ‘kambing hitam’ pihak atasan masih misteri kerana yang tertangkap setakat ini Timbalan Pengarah Imigresen KLIA

[[VIDEO] Pegawai Imigresen ‘Jual Negara’, Gred KP19 mampu Rolls Royce, Mustang! Mereka Kambing Hitam? ]

[VIDEO] Pegawai Imigresen ‘Jual Negara’, Gred KP19 mampu Rolls Royce, Mustang! Mereka Kambing Hitam?

Ini menjadikan 53 individu ditahan sejak 16 Nov lalu, termasuk 33 anggota imigresen yang ditugaskan di KLIA, klia2 serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru.

Seperti biasa individu menjadi saksi kes iaitu dua orang awam yang membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk transaksi rasuah sudah dibebaskan dengan jaminan.

Wang tunai lebih RM800,000, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi turut dirampas pihak berkuasa setakat ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali enggan mendedah maklumat pegawai imigresen termasuk butiran Timbalan Pengarah Imigresen yang ditahan. Bagaimanapun siasatan menunjukkan Timbalan Pengarah itu bernama PPK Mohamed Yusoff Khan Bin Mohd Hassan yang dulunya adalah Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum dinaikkan pangkat Timbalan Pengarah di KLIA.

 
Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan

Sekalipun pegawai belum dibuktikan bersalah namun cara mereka bekerja memudaratkan
negara wajar di dedah kepada rakyat. Rakyat perlu tahu sehingga mereka berjaya membuktikan di mahkamah. T
etapi kerosakan mereka buat sangat besar kepada negara

Modus Operandi Sindiket

Sindiket akan membekalkan  pekerja asing yang mahu terus kekal di negara ini atau pulang ke negara asal.

DUA modus operandi utama

PERTAMA:  Mengeluarkan “pasport terbang” kepada mereka yang datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial, tetapi bekerja di sini secara haram.

Ejen akan mengumpul pasport pekerja asing dan membayar pegawai imigresen untuk cop pasport mereka bagi menunjukkan mereka sudah keluar negara selepas 3 bulan dan masuk semula secara sah. Dengan cara ini mereka boleh berada di sini selama 3 bulan lagi.

KEDUA:  Wujudkan  “kaunter setting” bagi pendatang asing yang disenaraihitamkan atas kesalahan imigresen, di mana pendatang asing itu akan ke “kaunter setting” di KLIA dan membayar sehingga RM6,000 untuk dibenarkan keluar negara, walaupun disenaraihitamkan. Ini yang disusun atur oleh Mohamed Yusoff Khan Timbalan Pengarah Imigresen di KLIA.

Dalam satu hantar facebook pengguna FB Mohd Azrul Azuan pemandu grab melaporkan pernah membawa penumpang wanita Vietnam pekerja kelab malam ke KLIA mendedahkan rasuah pegawai imigresen di KLIA menyebabkan mereka mudah masuk dan keluar negara melalui KLIA.

Kesan pemberi rasuah

Sementara itu SPRM sedang mengesan tiga individu bagi siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Lelaki pertama, Clement Chen Wei Chien, 35, mempunyai alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dan No. 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, 43200 Cheras, Selangor.

Sementara itu lelaki kedua, Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur; A-16-3A, One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1, 51000 Kuala Lumpur dan No. 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, SPRM turut mengesan seorang wanita, Ho Lei Kiow, 47, yang mempunyai alamat terakhir di No 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora, 83000 Batu Pahat, Johor.


Sindiket pembayar rasuah

 

7 Comments