PENJELASAN PEJABAT PERDANA MENTERI MENGENAI LAWATAN KERJA YAB PM KE ARAB SAUDI
14:01 Jan 10, 2018  |  By SabahKini2
PENJELASAN PEJABAT PERDANA MENTERI MENGENAI LAWATAN KERJA YAB PM KE ARAB SAUDI

Adik-adik YAB Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat PERBELANJAAN SENDIRI ke Tanah Suci

PMO MALAYSIA :-

10 JANUARI 2018

Lawatan kerja YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.

Rombongan YAB Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Jamil Khir, Datin Sri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.

Selain itu, adalah menjadi hasrat YAB Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Dato’ Sri Mohd Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.

Adik-adik YAB Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat PERBELANJAAN SENDIRI ke Tanah Suci. Hanya Tun Rahah yang turut bersama Dato’ Sri Mohd Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.

Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan YAB Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah.

YAB Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi.

Pejabat Perdana Menteri

1) PMO FACEBOOK

https://www.facebook.com/PMOMalaysia/posts/2011082668907702

2) PMO TWITTER

https://twitter.com/pmomalaysia/status/950961008704565248

 

 

Nota: Adalah perkara biasa bagi PM dan anggota pentadbiran (Kabinet) membawa keluarga dalam siri lawatan ke luar negara selagi mana ia ditanggung sendiri dan mana-mana yang tertakluk dibawah hak Ahli-ahli Parlimen atau anggota pentadbiran. Tun Mahathir sendiri pernah membawa ahli keluarga.

 

Comment