Azis Jamman jangan 'Double Standard', YB Warisan hanya WhatsApp 'Kawtim' Pengarah JKNS Dr Christina semua ok!
01:11 Nov 25, 2020  |  By SabahKini2
Azis Jamman jangan 'Double Standard', YB Warisan hanya WhatsApp 'Kawtim' Pengarah JKNS Dr Christina semua ok!

MP Warisan ni sangat 'Double Standard'. Mereka gasak Dr Jeffrey walaupun ada pelepasan KKM. Tapi mereka lupa YB Warisan hanya kelulusan WhatsApp daripada Pengarah JKNS Dr Christina walau kuarantin baru 6 hari untuk hadir angkat sumpah DUN Sabah.

Ahli Parlimen Sepanggar dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Mohd Azis Jamman semalam terus mengasak Jeffrey Kitingan berhubung kehadirannya di Dewan Rakyat yang disifatkannya bertentangan dengan arahan kuarantin wajib 14 hari ditetapkan Kementerian Kesihatan terhadap mereka yang datang dari Sabah.

Gara-gara tekanan Azis Jamman dan beberapa MP PH itu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan diminta meninggalkan Dewan Rakyat oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sementara Parlimen mendapatkan jawapan terperinci dari Kementerian Kesihatan (KKM).

Ahli Parlimen Keningau itu diminta berbuat demikian kerana kehadirannya di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan kebimbangan ahli-ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menjalani proses kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Sabah.

Mengikut rekod juga, Ahli Parlimen Keningau itu menjalani kuarantin selama 12 hari bermula 12 November lalu hingga semalam, sebelum beliau masuk ke Dewan Rakyat hari ini untuk mengikuti sesi perbahasan Belanjawan 2021. 

Dr Jeffrey mendapat pelepasan KKM

Bagaimanapun Ahli Parlimen Keningau yang juga Timbalan Ketua Menteri itu  menjelaskan beliau hadir ke Parlimen semalam untuk mengikuti persidangan Dewan Rakyat selepas mendapat pelepasan awal Kementerian Kesihatan.

Beliau memaklumkan diberi pelepasan daripada menjalani pemantauan dan pemerhatian mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, beliau menerima surat pelepasan bertarikh 23 November yang ditandatangani pegawai perubatan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai di ibu negara.

"Mana-mana individu yang menjalani kuarantin kendiri boleh memohon untuk pelepasan awal, tertakluk kepada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan selepas menjalani saringan kesihatan.

"Sehubungan itu, tiada isu tidak mematuhi peraturan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Isu 'double standard' juga tidak timbul kerana pelepasan awal itu bukan hal politik," katanya dalam satu kenyataan.

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata, keputusan itu dibuat Kementerian Kesihatan selepas melakukan beberapa ujian Covid-19 dan darah terhadapnya sejak ketibaannya di Kuala Lumpur pada 12 November lalu.

Jeffrey turut menafikan dakwaan beliau masih berada di Kota Kinabalu pada 13 November lalu.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan berniat jahat bertujuan merosakkan reputasinya sebagai pemimpin.

Pemimpin Warisan diberi pelepasan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Angkat Sumpah di DUN. Ok?

Datuk Azis Jamman MP Sepanggar janganlah ‘double standard’ jika seseorang MP atau pemimpin mempunyai kebenaran pelepasan KKM.

9 Oktober lalu beberapa ADUN Warisan mengangkat Sumpah tidak pun cukup 14 hari seperti YB Saripuddin Hatta ADUN N58 Merotai tetapi mendapat pelepasan dari Datuk Dr Christina Rundi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Shafie Apdal sendiri yang disaring ujian Covid-19 malah punya kontak YB DAP dan wartawan yang dijangkiti Covid-19 pun boleh dapat kebenaran Dr Christina Rundi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Adun DAP, wartawan BH Positif Covid-19, bayi meninggal, Shafie masih bebas tanpa kuarantin bahayakan nyawa rakyat ]

Shafie ketika itu bebas. Pengarah JKNS pun masih taat
dengannya walaupun Warisan bukan lagi kerajaan


Saripuddin dalam hantaran facebooknya sedang dalam kuarantin 6 hari di rumah dengan ‘gelang pink’ sudah diberi Pelepasan hadir mengangkat sumpah walaupun hanya dengan pelepasan secara ‘Kelulusan WhatsApp’.


Adun Warisan 6 hari Kuarantin dah ok boleh keluar hanya dengan WhatsApp Pengarah JKNS.. 
Dr Jeffrey 12 hari, result negatif dapat pelepasan KKM Azis dan geng Warisan kecam.

 

Ok je.. WhatsApp saja selesai

Mesej aplikasi WhatsApp yang diterima daripada Datuk Christina Rundi itu mengatakan Saripuddin tidak perlu lagi membuat ujian saringan Covid-19 kerana sudah melakukannya beberapa hari dan Dr Christina meluluskannya hadir mengangat sumpah DUN tetapi perlu kembali ke rumah meneruskan kuarantin.

Bagaimana jika dalam tempoh 6 hari sebelum itu ada wakil rakyat dijangkiti? Persoalan lebih besar di mana Datuk Azis Jamman, pemimpin Warisan dan juga pejuang siber Warisan membangkitkan perkara itu. Sebab kawan sendiri maka mereka berdiam tetapi kesalahan orang lain mereka jadikan isu politik. 

Datuk Dr Jeffrey diberi pelepasan dengan surat dari KKM tidak boleh tetapi ADUN Warisan hanya dengan mesej WhatsApps  semua boleh? Power Dr Christina.

Kelonggaran- Pengembara perlu Ujian Saringan Covid-19 dan tidak perlu kuarantin 14 hari

Bagaimanapun kerajaan telah memutuskan bermula 25 November 2020 individu atau pengembara dari Sabah yang ingin keluar ke negeri lain hanya perlu menjalani ujian swab pengesanan Covid-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah. Sekiranya individu itu didapati positif ujian Covid-19 atau bergejala, mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah.

Sekalipun langkah ini mempunyai pro dan kontra namun dalam kes trend menurun di Sabah sekarang langkah ini sangat tepat terutama memudahkan bagi penjawat awam, petugas frontlines, ahli parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan (kabinet persekutuan, negeri) serta rakyat Sabah yang berulang alik dari Sabah ke Semenanjung tidak perlu lagi menjalani kuarantin 14 hari. 

Netizen juga menyokong cadangan tidak perlu lagi kuarantin 14 hari jika keluar daripada Sabah lagi kerana ia sangat membebankan serta menyusahkan.

Walauapa pun semua pihak perlu mematuhi SOP ketat memandangkan negeri seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan sedang mengalami trend meningkat mendadak susulan kluster teratai atau kilang 'top glove' mencatatkan kes sehingga 1500 sehari.

 

ARTIKEL BERKAITAN- Pengarah JKNS, MKN Negeri dikecam ikut 'SOP' Shafie Apdal susahkan 10,000 pelajar IPT lepas tu U-Turn! ]

 

13 Comments