Kelonggaran kuarantin 14 hari bukan hanya Sabah kata DG Hisham
23:11 Nov 25, 2020  |  By SabahKini2
Kelonggaran kuarantin 14 hari bukan hanya Sabah kata DG Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penurunan kes Covid-19 di Sabah antara perkembangan yang diambil kira dalam perbincangan pihak berkuasa.

PUTRAJAYA: Kelonggaran kuarantin bukan hanya bagi Sabah, tetapi juga negeri atau wilayah merah lain, seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penurunan kes Covid-19 di Sabah antara perkembangan yang diambil kira dalam perbincangan pihak berkuasa.

“Kes di Sabah semakin berkurang. Ini perkembangan positif,” katanya pada sidang media.

“Negeri zon merah lain, seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur, kami tidak melakukan pemeriksaan untuk mereka yang keluar dari negeri ini dan kami tidak mengkuarantin mereka.”

Mulai hari ini semua individu yang tiba dari Sabah hanya perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 tiga hari sebelum berlepas ke negeri lain

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata, mereka tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari seperti sebelum ini, sekiranya laporan ujian makmal Covid-19 disahkan negatif.

Semalam Datuk Seri Dr Adhaman Menteri Kesihatan mengumumkan mulai 25 November individu atau pengembara dari Sabah yang ingin keluar ke negeri lain hanya perlu menjalani ujian swab pengesanan Covid-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah. Sekiranya individu itu didapati positif ujian Covid-19 atau bergejala, mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN - Ujian COVID-19 tiga hari sebelum berlepas dari Sabah- Dr Adham ]

 

[https://sabahkini2.com/en/news/3280/azis-jamman-jangan-double-standard-yb-warisan-hanya-whatsapp-kawtim-pengarah-jkns-dr-christina-semua-ok/posted]

Comment