Ketua Menteri Sabah Ucap Tahniah Belanjawan 2021 Lulus
00:11 Nov 27, 2020  |  By SabahKini2
Ketua Menteri Sabah Ucap Tahniah Belanjawan 2021 Lulus

Belanjawan 2021, Sabah menerima RM5.1 bilion untuk pembangunan infrastruktur selain RM3.8 bilion untuk kesinambungan projek Pan Borneo dan pakej lain. Sabah turut mendapat peruntukan bernilai RM3 bilion dalam memerangi Covid-19.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Noor mengucapkan tahniah kepada kerajaan persekutuan selepas Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion diluluskan di Dewan Rakyat.

Katanya, kerajaan negeri memberi jaminan akan bekerjasama dengan rakan sejawat di peringkat pusat dalam memastikan semua program pembangunan yang disebut dalam belanjawan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Sabah turut mendapat peruntukan bernilai RM3 bilion dalam memerangi Covid-19 sejak wabak itu melanda awal tahun ini.

“Peruntukan itu adalah menerusi pelbagai saluran, termasuk bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) serta Nadma.

“Oleh itu, bagi pihak Kerajaan Sabah, saya ingin merakamkan tahniah kepada kerajaan persekutuan Perikatan Nasional atas kelulusan belanjawan sulungnya ini,” katanya.

Belanjawan kali ini melebihi peruntukan tahun lepas sebanyak RM297 billion dan merupakan belanjawan terbesar negara setakat ini. 

Belanjawan 2021, Sabah menerima RM5.1 bilion untuk pembangunan infrastruktur selain RM3.8 bilion untuk kesinambungan projek Pan Borneo dan pakej lain.

 

2 Comments